Dedah hampir setahun ikat perut, Yana Samsudin sanggup makan RM3 sehari dan rupanya ini yang dia buat

Viral

Yana kongsi pengalaman dan manfaat simpan wang dalam pelaburan. Satu perkongsian milik pelakon dan hos jelita, Yana Samsudin di Instagramnya tentang isu kewangan dan pelaburan menarik perhatian orang ramai.

Setahun Ikat Perut

Aktres berbakat ini berkongsi pengalaman dia mula menyimpan melalui pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di usia muda dengan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Yana, dia pernah terpaksa mengikat perut selama setahun dan berbelanja untuk makan sebanyak RM3 sehari sebelum berjaya mendapat hasil dari pelaburannya. “Yana mula menyimpan di tempat pelaburan dalam masa yang sama guna duit PTPTN yang pertama ! Selepas tu setahun ikat perut makan RM3 je sehari.. Huhuhu alhamdulillah syukur..” tulisnya

Dedah Jadi Artis Tak Banyak Duit

Dalam pada itu, Yana juga mendedahkan menjadi seorang selebriti, pendapatan yang dimiliki tidak sebanyak yang orang ramai sangkakan. Namun dengan melakukan pelaburan di tempat yang betul, pelakon ini memiliki simpanan sendiri. “Sebut je nak menyimpan mesti orang akan cakap ala boleh lah kalau duit kau banyak, kau kan artis.. Hakikatnya artis pun tak banyak duit, cukup-cukup makan je kalau masa mula-mula sekali nak bertapak. Sama seperti pekerja kontrak.

Tapi percayalah, jika ada azam, ilmu, perancangan dan tempat kita nak melabur tu tempat yang betul insyaAllah menjadi. Yana ada berkongsi pengalaman masa dulu-dulu macam mana Yana menyimpan di tempat pelaburan terus. Hasilnya Alhamdulillah..” tulisnya lagi. Ada yang dah buat pelaburan macam Yana Samsudin? Ingatlah, atur perbelanjaan dengan bijak dan pentingkan simpanan untuk masa hadapan. Sumber, Murai.my

Level-level otai! Diam-diam dah 2 tahun Yana Samsudin jadi ‘streamer’, antara wanita terawal terjun dunia eSport

Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah lebih dua tahun pelakon Yana Samsudin terbabit dengan dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian. Menjadi antara wanita terawal terbabit dalam dunia eSport, Yana, 37, berkata dia mula menyukai karier baharunya ini yang dilihat lebih mencabar dan menyeronokkan.

“Alhamdulillah pejam celik dah dua tahun setengah saya jadi streamer, buat content game… sebenarnya saya ada kolaborasi dengan Facebook gaming, ada talent network. Selain bergelar pelakon menjadi seorang streamer juga merupakan karier baharu saya. Nak kata otai tu lebih kurang otai la juga… dalam industri stream ada yang dah empat tahun lebih, saya pula dah dua tahun lebih dan antara perempuan yang awal. Dalam komuniti streamer kebanyakan mereka datang daripada pelbagai bidang tapi tak banyak orang industri kita. Streaming ni bukan setakat on dan main game, kita pun macam stesen TV… kita kena stream tapi dalam masa sama kita la technician, kita la director, kita la kena fikir content dan sebagainya,” katanya.

Yana seronok bergelar streamer.

Perkongsian Yana itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Jumaat. Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan. Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik serta bekas wartawan Melodi dan mStar, Farhan Ikram.

Alhamdulillah bidang streamer ini boleh dijadikan cabang pendapatan dan kerjaya baharu!

Dalam pada itu, Yana turut mengulas tindakannya membuat laporan polis terhadap seorang streamer didakwa melakukan gangguan seksual secara lisan terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Julai lalu. Kata Yana, dia terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana mahu memberi kesedaran kepada individu lain supaya tidak melampaui batas dan bertanggungjawab semasa melakukan siaran video itu.

Perkongsian Yana di Instagram Live WHAM pada malam Jumaat.

“Dalam dunia streamer ni ada juga budak-budak yang masih muda, bawah umur pun ada. Mungkin mereka kurang tahu tentang undang-undang sehingga tak sedar melampaui batas. Kita buat stream ni semua orang boleh tengok, kena tahu apa yang boleh dan tak boleh! Saya buat laporan polis kerana saya orang awam, benda yang dilakukan itu agak melampau. Saya nak tegaskan kalau kita stream kita kena bertaggungjawab dengan apa kita buat, kena ada ilmu… dalam dunia ini ada undang-undang, lagi pula streaming ini disiarkan secara langsung,” ujarnya. Ditanya adakah bergelar seorang streamer boleh menjana pendapatan, pelakon filem Adnan Sempit ini mengakui dunia eSport boleh memberi pulangan lumayan.

Yana buat live streaming menerusi media sosial miliknya, Yana Samsudin X.

“Sebenarnya boleh buat duit daripada pelbagai cara… eSport ini industri baharu, apa yang saya tahu income dalam dunia permainan ini boleh sampai puluhan juta sebab tu ramai pemain-pemain di luar sana yang kaya-kaya. Dalam seribu mungkin 10 orang betul-betul dapat income besar sebabnya ada macam-macam cara nak jana pendapatan. Sekarang ni pun banyak pelabur luar mula berminat untuk masuk ke Malaysia, jadi peluang pekerjaan lebih terbuka luas… Alhamdulillah bidang streamer ini boleh dijadikan cabang pendapatan dan kerjaya baharu,” katanya.

Sempena FFM31 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Yana turut berkongsi pengalaman duduk di kerusi pengarahan menerusi filem pertama arahannya berjudul Selamat Pagi Cinta yang ditayangkan pada tahun 2008. Kata Yana, filem terbitan MIG Production ini diarahkan olehnya semasa dia berusia 23 tahun dan menerima pelbagai reaksi daripada penonton dan penggiat seni tanah air.

“Ada positif, ada negatif… ada kata saya tak pandai mengarah tapi ramai juga menerima saya dalam industri. Sejujurnya saya buat ni sebab minat, saya dalam industri ni mulanya nak kerja belakang tabir sahaja sebab saya tak suka mekap, tak suka orang tengok saya sebab saya malu. Semasa filem itu ditayangkan industri seni tengah rancak dan banyak artikel keluar melabelkan filem-filem, masa itu memang memberi impak kepada saya… macam-macam komen yang saya terima. Menariknya dalam tahun yang sama, filem saya arah dan satu lagi filem saya berlakon turut ditayangkan serentak, jadi saya berlawan dalam dua filem berlainan. Alhamdulillah kutipan ketika itu okay! Saya ditawarkan mengarah filem kedua, saya cakap dengan produser David Teo saya ada skrip sendiri, dia kata genre apa… saya kata cerita aksi iaitu Bini-Biniku Gangster (2011). Skrip saya itu diterima tapi saya dipilih jadi heroin pula, sejak itu penerbit minta saya berlakon sahaja sampai tak sempat nak mengarah lagi,” ceritanya. Sesi siaran langsung bersama selebriti ini bermula sejak Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.