Masih lagi tetap cantik selepas bersalin, warganet harap Mira tak buat macam ni pada wajah anak

Viral

Emir dan Mira timang cahaya mata pertama pada Selada lalu. Meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama, suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir menerusi satu perkongsian berjanji akan menjadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka. Emir, 32, turut berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik. Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya di Instagam.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memuat naik foto dia sedang mendukung anak sulungnya itu dan Mira Filzah bersama bayi tanpa sebarang solekan. Perkongsian tersebut menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan mendoakan urusan keluarga itu dipermudahkan.

Mira dan Emir janji jadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.

Selain itu, rata-rata warganet juga mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah dan memuji kecantikan aktres berkenaan biarpun dalam pantang. “Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik. “Berserinya ibu lepas bersalin. “Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi. “Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai. “Glowingnya muka mummy” ujar beberapa warganet.

Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya

Selain itu, ada juga warganet yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain. “Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey! “Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker” tulis warganet.

Mira dan Emir berkahwin pada 3 September 2020.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal. Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam. Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020. Sumber, Mstar

Mira Filzah Dah Selamat Bersalin Pukul 3 Pagi. Sekali Wan Emir Dedah Ini Keadaan Terkini Isteri Dan Anak

Pelakon cantik Mira Filzah telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pagi Selasa. Khabar gembira itu telah diumumkan oleh suaminya, Wan Emir Astar menerusi akaun Instagram mereka. “Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. “Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi,” maklumnya.

Tambah Wan Emir, Mira dan putera mereka kini berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat.”Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.”Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga. “May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” tambahnya bersama tanda pagar #ArahManaSyurga dan #EmirAmirah. Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan pasangan itu mengumumkan berita kehamilan pada Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.