Masih haram disentuh, DSV tampil dedah bergambar dengan Lucinta Luna dan ini yang jadi pada DSV

Viral

Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, sekali lagi dihambat dengan kritikan apabila memuat naik gambar bersama pempengaruh kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna. Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, Vida dilihat begitu mesra melayani Lucinta Luna yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Senang sekali ketemu mereka,” tulis Vida sambil merujuk kepada Lucinta Luna dan juga pelakon serta pelawak Vicha yang kebetulan turut serta. Lucinta Luna kemudian menulis komen: “Dato’ Vida terima kasih banyak. Kemaren sudah diajak jumpa dato’ yang sangat baik hati,” respons Lucinta Luna pada gambar berkenaan. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Vida dan juga Lucinta Luna. “Janganlah pegang-pegang bagai. Walaupun si Lucinta Luna tu watak perempuan sekarang, tapi fitrahnya masih lelaki.

Haram bersentuhan yang bukan muhrim. Nauzubilah min zalik,” tulis seorang warganet. Dalam pada itu, ada yang mengkritik Vida dengan melabelnya sebagai seorang yang suka mencari perhatian.“And yet orang Melayu still support mak cik tua attention seeker mcm ni. Tak puas covid hari tu bagi pengajaran muhasabah… lepas border bukak terus makin jahil perangai sekor-sekor. “Allahu… Kau selamatkan, pelihara kami dari bangsa-bangsa pengikut djjl macam ni. Biar jahil tapi dalam hati kita sentiasa dahagakan perubahan bukan jadi munafik terang-terangan,” tulisnya. Sumber, Gempak

Rupanya Hanya Berlakon, Baru PA Dedah Sesuatu Selepas Sebulan Kerja Dan Ini Pulak Respon DSV

Qush tidak lagi berkhidmat sebagai PA Vida. Susulan pendedahan Qush atau dikenali sebagai Abang Qu bahawa dia sudah tidak berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida, usahawan sensasi itu tampil menjelaskan perkara sebenar. Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, yang mengesahkan perkara itu berkata, pada awalnya dia mengambil Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar hanyalah untuk berlakon dalam muzik video (MV) lagu baharunya Ku Ikhlaskan. Jelas Vida, pihaknya kemudian berhasrat untuk mengambil Qush sebagai pekerja dan dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepadanya.

Qush turut terlibat dalam MV Ku Ikhlaskan

“Sekarang ini dia memang tidak bekerja dengan saya lagi. Perjanjian asalnya memang saya mencari talent untuk video muzik (MV) lagu terbaharu saya berjudul Ku Ikhlaskan. Saya pilih dia kerana merasakan dia mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian. Bagaimanapun sebelum ini pihak saya sudah keluarkan surat tawaran kerja yang mana perlu semakan berulang kali untuk persetujuan bersama, namun belum ada kata putus” katanya.

Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar diumumkan sebagai PA kepada Vida pada 25 Februari lalu dan menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan selain turut tampil dalam MV terbaharu usahawan itu. Namun jejaka berkenaan membuat pendedahan mengejutkan di IG live mendedahkan dirinya hanya berlakon sebagai PA Vida selama ini. Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Qusyairi mengakui bahawa dia tidak lagi berkolabrasi bersama majikannya itu kerana sehingga kini tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada. Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” kata Qush.

Ini juga peringatan kepada saya terhadap orang yang mahu mengambil kesempatan untuk popular

Sementara itu, Vida mempersoalkan niat Qush membuat pendedahan tersebut bagi mencipta kontroversi supaya dapat meraih tumpuan ramai sekaligus menaikkan jumlah pengikut di media sosial. “Baru sebulan siapkan MV dia sudah buat begini. Sudah pandai cedok ilmu drama dan bercerita untuk tambah view di media sosial. Saya sendiri tidak tahu kenapa dia buat perangai begini. Mungkin mahu elak dari memberi komitmen lanjut,” jelasnya. Sementara itu, Vida juga menafikan isu yang sedang diperkatakan ini adalah sengaja direka oleh pihaknya untuk menghangatkan lagi kisah tentang dirinya.

Vida dakwa Qush sengaja cipta kontroversi

Kata Vida, dia menganggap ini adalah sebagai ujian dan peringatan supaya lebih berhati-hati memilih orang yang rapat dengannya. “Ini adalah kisah benar. Saya tak sempat pun nak buat drama. Saya sudah berhadapan dengan pelbagai ujian dan ini adalah salah satu darinya. Ini juga peringatan kepada saya terhadap orang yang mahu mengambil kesempatan untuk popular. Dia sengaja mahu isu ini diperbesarkan,” ujarnya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.