Nak luangkan masa dengan anak tanpa anak tahu dia tengah sakit, terkejut ini keadaan terkini Datuk Azizul

berita

SEMOGA cepat sembuh! Demikian antara ungkapan yang ditinggalkan para warganet pada ruangan komen jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, yang baru-baru ini menjalani operasi jntung di Australia. The Pocket Rocketman itu dikatakan mengalami masalah yang dipanggil ‘anomalous aortic 0rigin of right coronary artery’ (AOORCA). Azizul mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut. Dia kemudian menjalani operasi di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April “Doktor kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya” itu ujar jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang saat mengetahui dirinya disahkan menghidap peyakit jntung Anom-alous Right Coronary Artery. Menyifatkan keadaan kesi-hatan dirinya ibarat ‘bm jangka’ ,Azizulhasni berkongsi pengalaman beliau buat pertama kali kepada orang ramai berkenaan peyakit jantung yang dihidapinya itu melalui hantaran di Facebook nya baru-baru ini. Cerita Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman ini,simptom peyakitnya itu sudah lama dirasakan namun ia semakin kuat dan jelas ketika beliau membuat persiapan ke Sukan Olimpik.“Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat.

“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu. “Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana simptoms dia adalah lain daripada yang lain. “Isteri saya kerisauan dan memaksa untuk terus ke hospital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti srngn jantung. “Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu mesti akan lama punya kena tahan nanti. Mengmk member. Saya berada di wad kecemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya ada sergn jntung.

“Tidak ada peningkatan Troponin dalam bp tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya” “Dari sinilah doktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasal-ahan yang sebenarnya,” katanya lagi. Pertama kali mengetahui akan kondisi peyakitnya, doktor pakar jantung terkejut dan menyifatkan jaguh sukan itu seorang yang sangat-sangat bertuah. “Keadaan saya ini ibarat bm jangka yang boleh meletp pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini.

“Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu. Saya boleh mti pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’. “Akan tetapi saya sedikit dgil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi. “Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mti ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu. Saya nak teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa. “Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai simptoms atau masalah berkaitan jantung kerana ianya adalah ‘life threatening situation’. “Kalau anda dinasihatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memprjdkan nyawa anda,” katanya.

Diberi bantal berbentuk hati

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.” “Diharap anda semua masih sakan beraya dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara yang tercinta. Harini saya nak share sedikit berkenaan bantal berbentuk hati (heart pillow) yang saya pegang ni. Pada kebiasaannya, mereka yang menjalani ‘open heart surgry’ akan diberikan bantal seperti ini untuk beberapa sebab. Ada yang warnanya merah penuh dan ada juga yang macam saya dapat ni warnanya putih, bergantung kepada hospital.” “Tak kisahlah warna apa atau bentuknya macam mana, objektif utama bantal ini adalah untuk membantu pesakit mengurangkan kesakitan dan tekanan di dada apabila mereka batuk, bersin, ketika membuat ‘deep breathing’, ketawa (mungkin jenis kes yang ketawa macam langsuir la kot) hiccup dan juga apabila ingin bangkit dari katil.

Ketika operasi dilakukan, pkr operasi akan memtng tulang dada (sternum) yang bertanggungjawab melindungi jantung. Oleh itu pesakit memerlukan sokongan tambahan dengan menggunakan bantal ini di bahagian dada antara 6minggu hingga 3bulan bergantung kepada pesakit.” “Penjagaan insisi sangatlah penting dan pesakit tidak dibenarkan untuk mengangkat dan menolak bebanan yang melebihi 5kg sehingga tulang dada sudah betul-betul sembuh. Berdasarkan kajian, ketika pesakit batuk mereka akan memberikan tekanan kepada bahagian dada lebih kurang 25kg manakala bersin pula lebih kurang 40kg. Tekanan yang terlampau tinggi akan memberikan risiko kepada insisi dan membantut proses pemulihan.” “Mengikut pengalaman saya sendiri, apabila hendak batuk tu saya akan cuba kawal dan batuk ala manja-manja je, itupun masih sakit. Bersin pula pada kebanyakkan waktunya datang secara tiba-tiba dan susah untuk dikawal dan sakit dia tu memang azab sangat. Berair mata woooo ”. Sumber, Facebook Azizulhasni Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published.