Tiga tahun sabar bila ada orang ketiga kacau rumahtangga, tak boleh berdiam sekali ini tindakan Puteri Sarah

artis

Tidak tahan lagi ‘dikacau’ oleh orang ketiga dalam rumah tangganya, pelako,n Puteri Sarah Liyana akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan itu. Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Dunia Anita itu menerusi satu perkongsian video di plaftorm TikTok miliknya. Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah meluahkan rasa menyesal kerana tidak meneruskan sahaja laporan polis terhadap wanita tersebut dahulu, sehingga keadaan menjadi semakin keruh. “Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis.

“Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam. “Akhirnya, kena kacau ‘double triple’ teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya. Mengulas lanjut, dia menyifatkan segala hal yang baik akan datang kepada insan yang telah lama bersabar. “Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari. “Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap,” tulisnya di ruangan kapsyen. Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga. Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah. Sumber, UTUSAN ONLINE

Lama Sangat Berdiam Akhirnya Puteri Sarah Bongkarkan Cerita Sebenar Masa Tengah Live, Rupanya Ini Cara Dia Diganggu Oleh Orang Ketiga

“Saya tenang dan bahagia di sini,” kata pelakon Puteri Sarah yang sebelum ini berada di Makkah menunaikan umrah. Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia enggan membiarkan isu orang ketiga membabitkan rumah tangga dibina bersama pengarah, Syamsul Yusof mengganggu perjalanan umrah bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. Bagi Puteri Sarah, apa yang menjadi keutamaan adalah kebahagiaan diri dan masa depan kedua-dua anaknya. “Alhamdulillah, sepanjang di Madinah saya dan anak-anak okay saja. Semalam saya bertolak ke Makkah dan sampai saja terus buat umrah. Allah susun cantik perjalanan saya dari Malaysia hingga ke sini.

Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku. Cukup empat tahun saya memendam rasa. Selepas apa saya kongsikan di Instagram sebelum ini, biar orang tahu apa yang saya tanggung selama ini. Orang pun sudah tahu menilai. Setiap kali selesai solat di sini, saya berdoa semoga apa yang berlaku ini membawa cahaya dan sinar baru pada saya apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga individu yang menyakiti saya diberikan hidayah. Setiap kali itu juga saya mesti menangis,” katanya. Ditanya adakah suami bertanya khabar dirinya dan anak-anak sepanjang berada di sana, Puteri Sarah selesa untuk tidak memberi komen.

“Ketika di Madinah anak sulung, Syaikul demam. Saya ada kongsikan di Instagram. Saya terharu apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat,” katanya. Mengenai hubungannya dengan suami, Puteri Sarah berserah pada ketentuan Allah SWT. “Apa boleh dibuat, saya hanya mampu berdoa. Apa pengakhiran rumah tangga saya selepas ini pun, saya reda. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT. “Doakan yang terbaik buat saya. Saya bertuah kerana mempunyai kedua ibu bapa mentua yang sangat baik,” katanya.

Bercerita mengenai keadaan kedua anaknya ketika mengerjakan umrah, Puteri Sarah besyukur kerana mereka baik-baik saja. “Alhamdulillah syukur Syaikhul dan Sumayyah ikut sekali tawaf. Mereka tak complain pun. Rasa nak menangis sebab dapat anak baik. Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka untuk saya dan menjaga saya,” katanya. Menurut Puteri Sarah, selepas selesai menunaikan umrah, dia akan bertolak ke Istanbul, Turki untuk bercuti. Usai menjalani ibadah umrah, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak terus pulang ke tanah air.

Sebaliknya dia membawa anak-anaknya menyambung perjalanannya untuk pergi bercuti. Perkongsian itu dimuatnaik menerusi Insta Storynya Di mana Puteri Sarah menyatakan dia mahu pergi bercuti terlebih dahulu. Selain itu ibu kepada sepasang cahaya mata ini turut memuat naik beberapa momen berada di Lubnan bersama anak-anak yang tampak ceria membeli coklat sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Klik sini untuk lihat video.

Reaksi Orang Ramai

Dah tak aktif sebab dah berjaya pisahkan pasangan ni duduk berasingan itu yg org tu nak sgt. Jangan kongsi mslh peribadi dmedia social bnyk buruk drpd baik berdoa Dan berserah lah dgn sang pencipta apa yg berlaku semua atas izinnya kembali pdanya. Sarah bersabarlah. Pandang wajah anak-anak,mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari Sarah. Suami itu hanya pinjaman dari Allah.Berserahlah pada Allah. Teruskan kehidupan bersama anak. Kalau tk cerita org tak tau n takkn faham. Org ketiga ni boleh2 nk hncurkn kebahagiaan org mereka tk pernah rasa bersalah doa byk2 agr Allah menyebelahi kita. Puteri Sarah sebelum ini memuat naik beberapa gambar pada hari terakhir dia di bumi suci itu selepas selesai mengerjakan ibadah umrah bersama anak-anak tanpa kehadiran suami. Kredit : HM/FB

Leave a Reply

Your email address will not be published.