Cantik sangat nampak macam kembar, ramai lagi yang tak tahu ini wajah ibu Izara yang jadi perhatian ramai

artis

Nama Izara Aishah cukup dikenali ramai dengan bakat lakonan yang mantap sekali. Sejak mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid memang jarang dapat lihat wajah cantik Izara menghiasi kaca televisyen. Malah, aktiviti seninya juga makin perlahan apabila menerima kehadiran cahaya mata sulung pada 15 April lalu. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Vanilla Coklat yang bersiaran pada tahun 2011. Meskipun tidak muncul di kaca TV namun Izara masih aktif mengemaskini media sosial miliknya dan turut berkongsi momen bersama yang tersayang buat tatapan peminat.

Semakin cantik dan berseri dengan imej bertudung, ramai yang memuji kecantikan Izara Aishah. Meninjau di laman Instagram, Izara telah berkongsi beberapa keping gambar bersama dengan ibu dan juga anaknya Irisa Alaia. Kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kecantikan yang dimiliki rupanya telah mewarisi kecantikan ibunya. Wajah comel Irisa juga menarik perhatian ramai, penampilan Izara selepas bersalin turut menjadi bualan peminat. Rata-rata mereka menyifatkan aktres yang pernah membintangi filem Kau Yang Satu ini kelihatan lebih berseri-seri dan anggun sejak melahirkan anak. Terdahulu, Izara juga ada memuatnaik gambar bersama dengan sepupunya turut menjadi perhatian para peminat kerana mata seakan sama walaupun disebalik pelitup muka.

Sekadar info, Izara Aishah telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dengan anak tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, yang juga merupakan anak kepada usahawan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Sumber, IG Izara Aishah

‘Masih berbulan madu lagi’ – Izara Aishah. “KAMI masih dalam fasa berbulan madu lagi. Malah, sejak berkahwin kami belum dapat pergi bercuti bersama walaupun merancangnya hampir setiap bulan. Semuanya disebabkan saya sibuk dengan penggambaran,” kata pelakon popular Izara Aishah, 26, ketika ditanya perancangan untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Adib Khalid ketika ini. Izara berkata, mereka juga tidak merancang untuk memperoleh anak cepat atau lambat. “Jika ada rezeki datang lebih awal, kami akan terima. Saya juga meminta nasihat ibu dalam soal anak. Menurut ibu, ini adalah saat untuk kami meluangkan lebih banyak masa berdua sebagai suami isteri sebelum membina keluarga,” katanya.

Menurut pelakon drama bersiri 100 episod Jodoh-Jodoh Anisa ini, rumah tangganya bersama suami juga bahagia selepas lebih setahun berkahwin. “Alhamdulillah, kami adalah pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain,” katanya. Ditanya sama ada dia berasa tertekan setiap kali diajukan soal anak selepas berkahwin, Izara menafikannya. “Saya tidak marah. Ia perkara biasa bagi pasangan berkahwin. Pada masa sama, usia saya pun masih muda lagi dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Allah adalah perancang yang terbaik dan ia akan berlaku apabila tiba masanya,” katanya. Izara berkahwin dengan Adib yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published.