Perli orang ramai yang beraya guna duit kwsp, sekali ini yang warganet buat pada lelaki ni sampai jumpa sesuatu

Viral

Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 18 April lalu sedikit-sebanyak menjadikan sambutan Syawal pencarum kali ini lebih bermakna. Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir pihak memperlekehkan pencarum KWSP dan melabelkan mereka sebagai ‘tidak tahu malu’ kerana meraikan Aidilfitri menggunakan wang berkenaan. Di Facebook, posting berunsur penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki amat tidak disenangi warganet. “Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP,” tulis lelaki itu menerusi group Facebook Riak Apa Hari Ini. Di ruangan komen, warganet mengkritik kebiadaban lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan nasib pencarum yang kurang berkemampuan.

Malah menurut beberapa pencarum, mereka tidak sepatutnya malu kerana wang berkenaan merupakan hasil titik peluh mereka sendiri. “Duit kita, bukan kita cri pun. Hasil titik peluh kita. Kalau berhutang, duit ada tapi tak reti bayar tu baru boleh kata malu. “Itu hasil titik peluh aku selama ni. Kau tak malu ke bertanya? Tak ada duit KWSP kan? “Yang malu bila acah-acah ewah tapi hutang sana sini. KWSP tu pun duit hasil titik peluh sendiri. Jadi syukur selalu. “Nak malu buat apa. Bukannya kami beraya dengan duit bapa kau,” demikian menurut beberapa komen warganet. Untuk rekod, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 dibuat bermula 18 April lalu.

Semakan mStar pada profil Facebook lelaki itu mendapati dia sering memuat naik soalan dan kenyataan berunsur provokatif yang menyentuh isu-isu sensitif. “Kenapa bini orang lagi cantik dari bini aku ek? Pelik betul la. “Patut ke saya bagi sampul kosong dekat budak-budak? Supaya mereka tahu hidup ni banyak kekecewaan dan tak semua dapat macam yang kita nak! “Kalau kantoi bini dua, benda apa first kau akan cakap kat bini nombor satu?“Menantu yang kerja kerajaan, makan atas meja. Yang kerja swasta, makan atas tikar,” tulis lelaki itu menerusi beberapa posting. SUMBER, MSTAR0nline

Ingatkan Duit KWSP Dapat Hari Ni Tapi Tiada, Sekali Ini Cara Untuk Tahu Tarikh Sebenar Duit KWSP Masuk. Selepas Menteri Kewangan membuat kenyataan berkenaan bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal berbanding jadual asal 20 April seperti diumumkan sebelum ini. Ramai yang menantikan duit mereka untuk masuk ke dalam akaun. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Hari Ini Ramai Yang Tunggu Tapi Tiada

Hari ini penuh di media sosial dimana ramai yang menyatakan menunggu duit KWSP masuk tetapi sampai sekarang tiada dalam akaun bank. Walaupun mereka telah membuat permohonan awal untuk pengeluaran khas KWSP ini tetapi masih tiada dalam akaun bank mereka. Rupanya ada cara untuk lihat bila tarikh sebenar akaun mereka akan terima duit KWSP. Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat. Login I-Akaun, Klik Pengeluaran. Klik Sejarah Pengeluaran. Pilih Pengeluaran Khas. Klik perkataan Pengeluaran Khas. Baru nampak tarikh pembayaran. Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua. Sumber, AwatttSyeikhh

Leave a Reply

Your email address will not be published.