Gara gara elak tanggungjawab sebagai ketua keluarga terabai, ini yang Joey dan isteri buat

Viral

Watie juga banyak membantu menguruskan jadual kerja Joey. Sibuk dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai. Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia dan isteri iaitu pelakon Watie Sadali akan duduk berbincang dan menyusun jadual kerja mereka dengan baik.

“Saya tidak akan terima sebarang tawaran kerja dengan sesuka hati. Sebagai ketua keluarga saya harus bijak untuk imbangkan antara kerja dan juga tugas di rumah. Jadi sebelum menerima tawaran atau keluar berkerja, saya akan duduk brainstorming dahulu dengan isteri. Kami akan bincang untuk sesuatu kerja itu berapa lama akan keluar rumah dan susun jadual dengan baik. Syukur saya dikurniakan isteri yang sangat memahami dan tahu menjaga rumah tangga. Saya juga ada pembantu peribadi yang akan ikut ke mana-mana jika bekerja. Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi,” katanya. Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada Disember 2011 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi

Kedua-duanya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Joey juga bersyukur apabila terus diberi kepercayaan untuk terlibat dalam penggambaran dan juga persembahan pentas meskipun usia semakin meningkat. Meskipun banyak menerima tawaran, Joey tidak pernah memilih dan meletakkan harga tinggi dalam dunia lakonan.

“Saya masih terima tawaran berlakon seperti biasa. Rasa bersyukur kerana merasa diri ini dihargai apabila orang nampak bakat saya dan mahu saya terus berlakon. Walaupun banyak terima tawaran tidak bermakna saya boleh naikkan harga. Dalam dunia seni ini perlu mudahkan kerja semua orang dan perlu ada win win situation. Kenapa saya nak perlu demand harga kalau produksi sendiri tahu menilai bakat dan saya dapat apa yang sepatutnya,” jelasnya.

Joey ditemui ketika sidang media filem Jango yang turut membariskan pelakon lain seperti Khir Rahman, Zha Yaodong dan Chris Tong. Jango adalah filem terbitan produksi usaha sama antara Zebra Studio Sdn Bhd dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation dari Hong Kong. Sumber, Mstar

Hikmah pandemik. Joey Daud syukur rezeki mencurah-curah sampai hujung tahun, kawan-kawan lama tak muncul pun kini dapat ‘job’

Joey bersyukur terima banyak tawaran lakonan selepas pandemik. Pelakon dan pelawak Joey Daud mengakui tidak menang tangan apabila menerima banyak tawaran lakonan selepas dua tahun industri seni berdepan kesulitan akibat pandemik CvdI9. Bersyukur industri kreatif kembali bernyawa, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata dia gembira apabila mengetahui ramai rakan pelakon seusianya turut menerima tawaran selepas lama tidak muncul.

“Alhamdulillah job saya back to back, ini pun baru habis sebulan shooting untuk satu drama sitkom, boleh dikatakan sampai hujung tahun ini jadual saya padat. Apabila difikirkan balik, bagus juga pandemik ini sebab sekarang rezeki mencurah-curah, mungkin sebab produksi takut kalau lockdown lagi, itu sebab mereka mahu selesaikan kerja cepat-cepat. Saya juga bersyukur apabila ramai geng-geng pelakon yang dah lama tak ada, sekarang muncul balik sebab kekurangan pelakon. Iyelah pelakon sedia ada sekarang terlalu sibuk kerana banyak kerja, jadi mereka yang lama tak muncul pun dapat tawaran juga,” katanya.

Ditanya mengenai kemunculan ramai personaliti media sosial yang ditawarkan peluang membintangi drama atau filem, Joey berkata sebagai pelakon senior dia terbuka untuk bekerjasama dengan bakat baharu lain. Bagaimanapun Joey berpendapat pendatang baharu ini haruslah diberi peluang memulakan karier lakonan daripada bawah terlebih dahulu.

Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau Youtuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama

“Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau YouTuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama. Sebaliknya mulakan dengan watak cameo atau pembantu terlebih dahulu kerana daripada situlah mereka dapat belajar bahasa kamera,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Joey sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor. Berkongsi cabaran membintangi filem ini, Joey berkata bukan tugas mudah untuk dirinya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.

“Saya terima tawaran filem ini sebab saya mahu belajar budaya Negeri Sembilan… walaupun saya anak kelahiran Johor, tapi saya cuba juga bertutur dalam dialek negeri berkenaan. Walaupun agak sukar tapi saya tidak takut sebab ramai orang Negeri Sembilan membantu saya seperti Datuk Hattan. Cuma kalau tawaran lakonan kena cakap dialek Pahang mungkin saya tolak sebab susah,” ujarnya.

Selain Joey, projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd turut dibintangi oleh Datuk Hattan, Khir Rahman dan Ahirine Ahirudin. Gadis Jolobu The Movie menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan sejak awal bulan lalu dan dijangka bakal ditayangkan di pawagam Jun depan. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.