Ikat anak dengan kain pelikat sepanjang perjalanan dari Perak ke KL, sekali ini tindakan anggota PDRM lepas terjumpa

Viral

Baru baru ini, tular akan beberapa keping foto yang memaparkan seorang penunggang motosikal menggendong anak dengan ikatan kain pelikat di bahagian pinggangnya telah mendapat perhatian anggota penguatkuasa. Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM memaklumkan pihaknya berjumpa dengan dua beranak itu semasa anggota membuat penugasan sekitar jam 4 petang di KM 435.1 arah selatan 7 Mei lalu.

Melihat keadaan dua beranak itu, mereka telah berhenti dan bertanyakan apa yang boleh dibantu dan semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur 9 tahun. Difahamkan, dua beranak itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut perayaan Aidilfitri di Batu Gajah, Perak.

Bagi memastikan bapa dan anak berkenaan, Pegawai Turus Lebuhraya Zon Tengah A bertindak menghantar kanak-kanak lelaki itu ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur sambil diiringi bapa yang menunggang motosikal. Melihat ke ruangan komen, rata rata warganet bersimpati akan dua beranak itu sekaligus berterima kasih dengan tindakan murni anggota yang bertugas. Sumber, Redaksi

Tular Rakaman Kanak Kanak Tunggang Basikal Lajak Di Lekas, Sekali Polis Tampil Dedahkan Sesuatu

Polis menjelaskan video tular berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini, merupakan video lama. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata semakan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku pada September 2019 sekitar pukul 1 tengah hari di Kilometer (KM) 39 hingga KM 40 di lebuh raya berkenaan.

“Kejadian yang berlaku berhampiran susur masuk ke arah Ampangan di sini, menunjukkan kira-kira 10 kanak-kanak menunggang basikal lajak dengan membuat aksi berbahaya. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban sering menjalankan penguatkuasaan serta pemantauan di lokasi kegiatan basikal lajak dan hasilnya kegiatan ini semakin berkurangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan lalu lintas termasuk aktiviti basikal lajak mengikut Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, dengan basikal ditunggang perlu dipasang lampu hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah yang boleh dilihat dalam jarak munasabah. Katanya menerusi Kaedah 42(1) LN165/59 pula, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng. Nanda berkata tindakan undang-undang juga boleh diambil ke atas ibu bapa dan penjaga mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan anak-anak tanpa pengawasan berpatutan, yang boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan. Sumber: Bernama

Harith Iskander Ulas Isu Berkenaan Sam Ke Ting, Sekali Ini Komen Berani Dari TMJ

Baru baru ini tular di media sosial berkenaan kes langgar mti 5 tahun lepas. Kes langgar mti 8 remaja berbasikal lajak mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang mempersoalkan keadilan di antara pemandu wanita dan 8 remaja basikal lajak yang telah mti akibat pemandu wanita itu.

“Tidak Faham Di Mana Terletaknya Keadilan”

Menerusi hantaran di Instagram, Harith menyatakan bahawa dirinya tidak memahami di manakah keadilan dan meminta orang ramai yang memahami dengan kes tersebut untuk memberi penjelasan padanya bagaimana pemandu wanita itu didapati bersalah. “Minta maaf, Dalam isu ini saya tidak faham di terletaknya ‘justice’ atau keadilan. Seberapa yang saya tahu dari laporan yang ada Cik Sam Ke Ting tidak membawa kenderaan dengan cara ‘reckless’ atau cuai. Minta tolong siapa-siapa yangt faham dengan kes ini cuba terangkan bagaimana dia didapati bersalah.?”-Harith Iskander. Tambahnya lagi, dia turut berpendapat kanak-kanak itu tidak sepatutnya keluar menunggang basikal dengan cuai di atas jalan pada lewat malam. “Bagi ibubapa mangsa. saya pun tidak tahu nak cakap apa. Warganet dah banyak cakap dah. Kanak-kanak tidak sepatutnya keluar menunggang basikal di atas jalan pada lewat malam.”-Harith Iskander

TMJ Beri Komen ‘Padu’

Hantaran yang dimuatnaik oleh Harith mendapat pelbagai reaksi warganet termasuklah Tunku Mahkota Johor, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut memberikan pendapat di ruangan komen. “Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak kita. Kepada pemandu pula mereka harus berhati-hati dan memperbaiki kesedaran mereka.”-TMJ. Dalam pada itu, TMJ turut berpendapat kanak-kanak itu tidak seharusnya berada di situ dan meminta orang ramai untuk berfikir secara rasional berdasarkan fakta dan bukan memberikan kenyataan mengikut trend. “Kanak-kanak itu tidak sepatutnya berada di situ, saya setuju. Tetapi untuk melanggar 8 orang kanak-kanak, bukan seorang, apa yang anda akan gelar? ‘Memandu secara cuai’.

Pada masa kini mengenai setiap isu, semua orang merasakan keperluan untuk membela pihak yang menuduh. Bagaimana pula dengan mangsa? Siapa yang membela mereka? Berfikir secara rasional dan bukan membuat kenyataan mengikut trend.”-TMJ. Dipetik dari laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita ditahan enam tahun dan didenda RM6,000 kerana memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Responden, Sam Ke Ting,27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan pnjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuatkuasa selepas selesai hukuman pnjara. Sumber, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.