Baru beberapa bulan, kini Neelofa tampil dedah duit raya Bilal cecah 5 angka

Viral

Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM14,020. Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini. Menerusi video itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya. Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoji pada wajah anak mereka. Sumber, HMetro

Ramai Ternantikan Wajah Anak Kesayangan Neelofa Dan Haris, Kali Ni Ada Sesuatu Pada Bilal Yang Tarik Perhatian Ramai

Cahaya mata usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail antara yang tidak henti-henti menjadi perbualan umum. Mana tidaknya, ramai sudah tidak sabar menantikan Neelofa berkongsikan wajah anak kesayangannya itu. Namun begitu, di ruangan media sosial Neelofa ada memuat naik beberapa perkembangan mengenai cahaya mata lelakinya ini yang diberi nama, Muhammad Bilal.

Terbaharu, Neelofa dilihat berkongsikan momen bahagia Muhammad Bilal dilawati oleh ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini. Malah dalam rakaman yang telah dikongsikan di aplikasi TikTok ini membuatkan keluarga bahagia selebriti terkenal tersebut menarik tumpuan umum dengan ribuan mata menonton. Dalam pada itu, kecomelan Muhammad Bilal turut hangat diperkatakan oleh warganet apabila rambut dan kulit gebunya menarik perhatian peminat.

Hantaran video Neelofa yang memaparkan nenek dan Bilal meluangkan masa bersama itu telah mendapat ratusan reaksi senang warganet. Ramai memuji cahaya mata pertama pasangan selebriti terkenal itu dan pasti Muhammad Bilal sangat beruntung. Mana tidaknya, kecik-kecik sudah begitu ramai sayang. “Mesti hensem Bilal ni kan, dari kulit pun gebu-gebu. Suara pun padu…”

“Kulit dadi dah putih, Bilal lagi putih”

“Kecik kecik dah ramai sayang, Alhamdulillah untung Muhammad Bilal”

“Rambut pacak pacak weh Bilal, awh tak sabar nak tengok”

Sumber : hcl

Terkejut Bila Tahu Dah Berbadan Dua, Usahawan Popular Ini Dedah Alat Ujian Kehamilan Buat Ramai Teruja

Memang tak asing lagi kita dengan selebriti popular Malaysia ini. Kalini usahawan dan selebriti popular, Neelofa teruja berkongsi momen sewaktu mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan. Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan perkataan ‘hamil 3+’. Menerusi rakaman berdurasi 31 saat itu, kedengaran suara Neelofa dalam nada terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa dirinya sedang berbadan dua sebelum terdiam seketika. Banyak kali dikatakan “OMG” ,“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu di ruangan kapsyen posting tersebut. Selebriti berusia 33 tahun itu berkata, dia tidak merancang tentang kehamilan selain mengambil keputusan bagi melakukan pemeriksaan kerana lewat jangkaan haid. Katanya lagi, “Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” katanya. Video, Klik link

Daripada perkongsian tersebut, video berkenaan meraih sebanyak 750,000 tontonan dan hampir 300 komen warganet turut teruja melihat momen berharga selebriti itu yang bakal dikurniakan zuriat. Malah, ada juga segelintir individu membuat permintaan sekiranya terdapat video menunjukkan reaksi suaminya Haris Ismail berhubung kehamilan tersebut yang pasti membuatkan ramai tersenyum. Anatar komen warganet lagi “Ni bukan adik Bilal tau”, “Kita pun teruja padahal dah lahir”, “Nak tengok reaksi Haris”,”Saya pun macam ni dulu”. Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu namun belum mendedahkan wajah bayi mereka. Sumber, Rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.