Dikatakan sudah pergi buat selamanya, sekali tak nak cari pasal Marshanda tampil dan ini yang dia pinta buat youtuber tersebut

Viral

Marshanda muat naik paparan skrin tajuk YouTube yang mendkwa dia sudah pergi buat selamanya. Tiada angin, tiada ribut… Tiba-tiba selebriti Indonesia Marshanda dikhabarkan sudah pergi buat selamanya menerusi sebuah video yang dimuat naik sebuah saluran YouTube baru-baru ini.

Bagaimanapun Marshanda tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius dan menganggap individu yang berkongsi berita palsu itu sengaja meletakkan ‘tajuk’ sebegitu hanya untuk menarik penonton. Malah, Marshanda tetap mendoakan individu tidak bertanggungjawab itu mendapat apa yang diinginkan dengan menghasilkan ‘content’ sebegitu di YouTube. “Innalillah… Ingat! Tajuk konten yang ‘super clickbait’ seperti ini tak menganggu hidup saya. Kenapa? Sebab saya doakan agar saluran YouTube dia bertambah tontonan dan pengikut. Tambah duit dari iklan dari produk untuk beri makan kepada keluarga,” kata Marshanda.

Marshanda memuat naik paparan tajuk YouTube tersebut di laman Instagram miliknya dan rata-rata warganet turut mengkritik individu yang menyebarkan berita palsu melibatkan kehilangan itu. Dalam pada itu, Marshanda menganggap kemungkinan individu tersebut tidak mempunyai niat ‘jahat’ dengan melakuan perkara yang dianggap kejam. “Belum tentu niat orang itu ‘jahat’, kerana boleh jadi kita tidak tahu penderitaan yang mereka lalui ketika mereka melakukan perkara itu secara kejam,” katanya. Sumber, Mstar

Marshanda sudah tidak laku

Gara-gara lama tidak muncul menerusi sebarang program televisyen, pelakon dan juga penyanyi Marshanda dianggap sudah tidak laku lagi oleh segelintir peminatnya. Ujar selebriti berusia 32 tahun itu, dia sering membaca komen peminat yang mendakwa dirinya sudah tidak laku memandangkan tiada kemunculan dalam mana-mana program televisyen.

“Saya pernah baca komen warganet yang berkata bahawa saya tidak lagi laku kerana sudah lama tidak menyanyi dan berlakon. Tetapi saya tidak kisah kerana sudah puas bekerja sejak berusia 15 tahun. Ketika itu saya berasa sangat penat dan pernah terfikir untuk berhenti menjadi seorang selebriti,” katanya.

Pelakon sinetron Dari Sujud Ke Sujud itu turut mengakui kehidupannya semakin tenang selepas menjauhi lensa kamera. Marshanda mengambil keputusan untuk berehat daripada industri seni hiburan Indonesia selepas disahkan mengalami masalah kesihatan mental dan mendapatkan rawatan sehingga ke Amerika Syarikat. Sumber, K!Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.