Nak bagi duit raya sampai cecah nilai RM70k di KLIA2 malam ni, sekali ini yang Iqbal harapkan

Viral

Sebagaimana yang telah dijanjikan, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal akan mengagihkan duit raya kepada orang ramai bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, sekitar pukul 8.45 malam ini. Dijangka Iqbal akan tiba di KLIA 2 dengan menaiki penerbangan AirAsia. Ujar Iqbal, setakat ini dia masih mempunyai baki duit raya yang akan diagihkan kepada orang ramai sebanyak RM70,000 daripada keseluruhan duit raya yang disediakan iaitu RM100,000.

“Assalamualaikum. Malam ini saya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2). Saya nak beri duit raya lagi memandangkan saya sudah berjanji untuk beri duit raya. Setakat ini saya baru belanjakan sebanyak RM30,000. Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat untuk beri duit raya,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Ujar usahawan bergelar penyanyi itu lagi, dia akan memberikan nilai duit raya secara rawak, bergantung ‘duit kecil’ yang berbaki miliknya ketika ini. “Saya beri tidaklah banyak. Ada RM5, RM10. Paling banyak mungkin RM50. Saya akan beri secara rawak. Saya juga memerlukan duit kecil. Kalau ada siapa boleh sediakan untuk saya dalam RM10,000, saya mahu tukar. Mohon bantuan supaya lebih ramai lagi yang dapat duit raya,” katanya.

Tambah bekas pembantu peribadi kepada usahawan Datuk Seri Vida itu lagi, dia perlu kotakan janjinya kepada orang ramai untuk memberikan duit raya dengan peruntukan sebanyak RM100,000 yang disediakan. Dalam pada itu, Iqbal berharap tidak diserbu ketika berada di KLIA nanti dan akan memberikan duit raya kepada orang ramai yang berada di sana sahaja. Dalam hantaran berbeza, usahawan berusia 27 tahun itu berkata, dia perlu menguar-uarkan tentang pemberian duit raya dengan peruntukan sebanyak RM100,000 supaya orang ramai tahu dirinya bersedia untuk memberikan duit raya.

“Kenapa saya perlu sebar dan maklumkan jumlah RM100,000? Supaya orang tahu apabila bertemu nanti, saya bersedia bagi duit raya. Saya beri untuk suka-suka sahaja sekadar bermasyarakat,” katanya.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan berhajat untuk memberikan duit raya kepada orang ramai dengan peruntukan sebanyak RM100,000 beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Bagaimanapun, Iqbal meletakkan syarat individu yang ingin mendapat duit raya daripadanya perlu bertemu secara berhadapan. Sumber, KOSMO! ONLINE

Warganet Menuduh Iqbal Terlibat Dalam Pemerdagangan Manusia, Sekali Ini Respon Berani Daripada Iqbal

Umum lagi kita ketahui dengan usahawan sensasi ini. Baru baru Iqbal tampil beri komen terhadap sikap warganet. Buat jahat kena kritik, buat baik pun sama juga, itulah yang terjadi kepada usahawan kontroversi bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli setelah mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini. Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir manusia yang menuduh dirinya bukan-bukan selepas mengambil anak angkat. Di Instagram peribadinya, Iqbal berkongsi sebuah komen dari seorang warganet yang menuduh dirinya melakukan pemerdagangan manusia.

Katanya warganet itu “Sekarang ni mudah sangat ambil anak angkat. Dah macam pemerdagangan manusia secara halal pula”- tulis komen dari Alang Gigih Tidak berdiam diri, Iqbal membalas komen tidak beradab yang dilemparkan dan dia akui sangat berkecil hati. Kata Iqbal “Jarang saya ambil hati tetapi kali saya berkecil hati baca komen ada yang mengatakan ini sebuah pemerdagangan manusia.”- tulis Iqbal di IG Storiesnya Dalam posting yang berbeza di IG Storiesnya, Iqbal menasihati warganet supaya berhenti mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak angkatnya.

Katanya lagi “Untuk warganet, katalah, h1nalah apa sahaja terhadap saya, saya tidak kisah. Tetapi jangan sesekali keluarkan perkataan tidak baik terhadap anak saya. Itu amat menyakitkan hati saya”- tulisnya lagi. Setakat ini, Iqbal belum lagi menceritakan proses pengambilan dan kisah di sebalik penyerahan bayi tersebut daripada ibu kandungnya. Namun menurut tinjauan kami di instagram peserta Big Stage ini, dia sering berkongsi momen manis bersama anak angkatnya itu. Sumber, murai

Iqbal Dedah Dah Bergelar Bapa Siap Minta Cadangan Nama Anaknya Yang Berusia 7 Hari, Tapi Ini Respon Warganet. Selebriti media sosial dan usahawan popular, Iqbal Zulkefli mengakui yang dia kini sudah bergelar bapa. Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal, 28, melahirkan rasa bersyukur kerana impiannya untuk mengambil anak angkat akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Begitupun, bekas peserta Big Stage 2022 itu mengakui yang dia masih belum boleh mendedahkan wajah anaknya yang baru berusia tujuh hari.

“Allah SWT makbulkan doa saya. Jantinanya lelaki dan belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur lagi. Saya tidak boleh tunjukkan muka,” katanya. Iqbal turut berjanji untuk menjaga anak angkatnya itu dengan sebaik mungkin, termasuk menjaga makan, pakai dan keperluan asas.

“Bayangkan saya bela kucing dua ekor, urus perniagaan lagi dan pelbagai pekerjaan lain. Saya seorang tapi saya sempat buat. Cuma rumah tidak terurus sikit. Sesekali saya akan bagi pada ibunya jaga dan ambil semula. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik dan disayangi semua orang,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iqbal turut memberitahu yang dia tidak akan mengizinkan sesiapa untuk memegang atau mencium bayinya.

“Saya balik raya nanti tidak ada siapa boleh pegang dan cium (bayinya). Saya minta maaf. Cuma saya sahaja yang boleh menciumnya. Ini amaran tegas,” kata Iqbal. Dalam waktu yang sama, Iqbal turut meminta cadangan daripada orang ramai untuk memberikan nama kepada anaknya itu. Begitupun, muncul nama-nama yang lucu hasil kreativiti warganet yang tinggalkan komen. “Bagi nama Mohd. Alvida. Ahmad Ramadhan Iqbal, Ahmad Muhammad atau Rizky Ramadhan. Letak nama Aaron Dzakwan.”

Terdahulu, Iqbal pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula dengan isu ingin berkahwin usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sehinggalah percubaannya menjadi penyanyi menerusi single sulung berjudul Hujan tahun lalu sehinggalah penyertaannya menerusi Big Stage 2022. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.