Terpaksa putih mata, duit simpanan dalam akaun Idzham Ismail lesap RM7k sekelip mata dan ini yang dia dedahkan

Viral

Pelakon Idzham Ismail terpaksa berputih mata apabila kehilangan RM7,000 dalam akaun bank miliknya gara-gara perbuatan penggodam yang tidak diketahui. Menurut Idzham, 34, wang dalam akaun tersebut merupakan simpanan untuk tujuan kecemasan dan mula sedar kehilangan apabila mahu menggunakannya pada 30 April lalu.

“Saya mula sedar duit hilang apabila mahu membuat pembayaran ketika berbuka puasa di sebuah restoran hujung Ramadan lalu. Tiba-tiba sahaja kad dari akaun tersebut tidak boleh digunakan. Apabila saya hubungi pihak bank mereka maklumkan kad bank itu bukan milik saya. Kad itu saya punya tapi jarang digunakan kerana kami buat sebagai simpanan waktu kecemasan. Selepas membuat laporan polis dan kepada pihak bank, barulah dapat tahu saya kehilangan hampir RM7,000 melalui pelbagai transaksi dalam masa satu hari,” katanya. Terkejut dengan kejadian tersebut, Idzham bagaimanapun reda dan menyerahkan semuanya kepada pihak bank untuk siasatan lanjut dan tindakan seterusnya.

Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali

Dalam masa sama, Idzham juga mengambil langkah selamat untuk menukar semua kata laluan perbankan secara atas talian miliknya. “Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Saya serahkan semuanya kepada pihak bank untuk tindakan lanjut. Memanglah mahu dapatkan kembali wang tersebut, tetapi tidak mahu meletakkan harap tinggi kerana banyak kes seumpama ini terjadi. Pihak bank juga telah nasihatkan supaya kami sekat dahulu akuan tersebut dan saya sendiri telah tukar semua maklumat kata laluan untuk akaun perbankan lain,” jelasnya.

Idzham bersama keluarga

Walaupun bersedih dengan situasi ini, Idzham masih meraikan kemeriahan sambutan Hari Aidilfitri bersama keluarga. Baginya, apa yang terjadi adalah ketentuan Allah dan satu peringatan supaya mengambil langkah lebih berhati-hati. “Syukurlah masih ada duit simpanan lain untuk buat belanja hari raya. Walaupun sedih, raya kena sambut juga bersama keluarga yang lain. Ini adalah jalan yang telah ditentukan Allah. Kalau ada rezeki saya pasti akan dapat semula duit itu nanti,” ujarnya. Sumber, Mstar

Idzham Ismail timang anak lelaki – “Kali ini lebih mudah… saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran”

Idzham Ismail bersyukur isteri selamat lahirkan anak kedua. Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa syukur apabila isterinya Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Ahad. Menurut Idzham, 32, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pada pukul 7.45 pagi di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah isteri selamat lahirkan anak kedua kami… sama seperti anak sulung, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran. Kalau anak pertama dulu, isteri menunggu 12 jam untuk bersalin tapi kali ini sangat mudah, kami ke hospital pukul 3.30 pagi dan beberapa jam kemudian isteri selamat bersalin.

Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal… tentang nama itu nanti kita akan kongsikan!

“Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal… tentang nama itu nanti kita akan kongsikan,” katanya. Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Idzham maklumkan isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu isterinya akan berpantang di rumah ibu mentua di Selangor. “Isteri berpantang di rumah ibunya sebab mak mentua nak jaga… saya tak kisah mana-mana pun tak apa asalkan isteri dan anak di tempat mereka selesa dan ada orang jaga. Saya pun sekarang tengah penggambaran dua drama serentak, jadi kalau dia di rumah dan saya balik lambat tak ada orang yang boleh jaga pada waktu malam,” ujarnya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.