16 kanak kanak luka teruk di gelongsor taman tema, ini penjelasan selanjutnya

Viral

Bagaikan mimpi ngeri buat 16 orang kanak-kanak selepas menjadi mgsa runtuhan gelongsor kolam renang di Taman Tema Air Kenjeran (Kenpark) Surabaya, Jawa Timur pada Sabtu yang lalu.

Tragedi m.lang

Memetik laporan Kompas.com, hasil siasatan mendapati terdapat 16 mgsa ketika kejadian itu berlaku dan kebanyakannya adalah kanak-kanak. Kejadian tersebut bermula apabila pengunjung mula menggunakan slide air sebelum gelongsor itu secara tiba-tiba terjatuh ketika ramai pengunjung sedang berada di atas. Susulan daripada itu, mgsa terjatuh dari gelongsor dengan ketinggian 10 meter dan telah dihantar ke dua hospital yang berbeza bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kami mengesyaki punca keruntuhan sambungan gelongsor itu disebabkan oleh usianya yang telah lama. Kesemua mgsa segera dirujuk ke Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo. Kini lokasi berkenaan ditutup serta-merta terutama kawasan taman air Kenpark bagi tujuan siasatan. Sumber, Kompas.com

Kanak-kanak lemas di taman tema air

Norshazela bersama suaminya menunjukkan gambar anak mereka yang dirakamkan di taman tema air tersebut. Percutian pasangan suami isteri bersama dua anak bertukar tragedi apabila seorang daripada anak mereka ditemui lemas. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa Muhamad Uzir Amri Muhamad Nur Fiqri Zakaria, 4, dikeluarkan dalam keadaan lemah dari salah sebuah kolam renang dewasa oleh orang ramai.

Ibu mgsa Norshazela Rosli,27, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu dilihat begitu teruja untuk mandi-manda sejak beberapa bulan lalu selepas memberitahu hasrat mengunjungi taman tema air itu. Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya kerana percutian yang dirancang sejak minggu lalu adalah ‘hajat’ arwh untuk mandi di situ. Katanya, dia bersama suaminya bertolak dari rumah di Kulai, Johor kira-kira jam 10 pagi sebelum tiba di taman tema tersebut pada jam 1 petang.

“Memang dari dulu arwah nak sangat bercuti di taman tema air dan kami tunaikan hajatnya namun ini yang berlaku. Bagaimanapun saya reda. Sebagai ibu saya tak minta insiden ini terjadi dan percaya kehidupannya di sana lebih baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Hospital Melaka, Bukit Palah di sini hari ini. Norshazela yang juga mempunyai seorang lagi anak, Muhamad Uzir Amsyar, 1, memaklumkan akan menguruskan jasad anaknya di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun Kulai, Johor. Sumber, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.