Tayang gambar bersenam, sekali ada sesuatu yang warganet perasan pada Zul Ariffin

Viral

Terbaru, pelakon kacak dan sasa Zul Ariffin ada berkongsikan gambarnya melakukan aktiviti joging di Richmord Park, London kepada peminat. Gambar tersebut telah menjadi bualan warganet dan berjaya menarik perhatian ramai orang.

Zul Ariffin Kini Di London

Meninjau di Instagram milik Zul Ariffin, dia kini sedang berada di kota London. Dia yang baru sahaja pulang dari Udine, Italy nampaknya telah meneruskan percutian di London untuk beberapa hari.

Kongsi Gambar Aktiviti Seharian

Di Instagram milik Zul Ariffin, dia berkongsikan kepada peminat mengenai aktivitinya di London dan kelihatan dia sedang bersiar-siar di sana. Pasti sudah menjadi lumrah baginya, melakukan aktiviti senaman tidak lari dari hidup Zul Ariffin. Antara yang menjadi perhatian netizen adalah gambar ketika Zul Ariffin tengah berjoging di sekitar Richmord Park, London.

Peha Ke “Ekzos”?

Gambar tersebut telah menjadi bualan warganet apabila seluar jogging yang dipakainya menampakkan bentuk peha Zul Ariffin. Ramai yang teruja dengan gambar tersebut sehinggakan ada bertanya samada peha ataupun ekzos. Ada juga warganet yang terinspirasi dengan usaha Zul Ariffin menjaga kesihatannya. Sumber, beautifulnara

Gayatri Terima Hadiah Kereta Mewah Dari Zul Ariffin, Warganet Pertikaikan Tentang Hubungan Zul Dengan Bekas Kekasihnya Itu

Umum lagi sudah kita ketahui dengan pelakon lelaki sensasi ini. Zul Ariffin menghadiahkan Gayatri Su Lin kereta mewah. Kata Zul lagi dia menganggap pemberian sebuah kereta mewah kepada penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai sebagai hadiah dan penghargaan buat seseorang yang disayangi. Kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perkara itu bukanlah sesuatu yang salah kerana penerbit itu sudah dianggap seperti keluarga sendiri. “Tidak salah berbuat begitu untuk seseorang yang kita hargai dan sayang. Dia seperti keluarga buat saya.

Hubungan kami sangat rapat dan telah kenal lebih dari 10 tahun. “Saya tahu dia suka kereta itu, apa salahnya sesekali memberikan hadiah sebegitu,” katanya kepada mStar. Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, Gaya berkongsi saat manis apabila menerima hadiah istimewa itu daripada pelakon filem Sangkar terbabit. Perkara tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet yang menganggap hubungan cinta antara mereka kembali bertaut.

Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut

Bagaimanapun, Zul ketika ditanya tentang itu memberitahu dia tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan. “Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut,” komennya ringkas. Untuk rekod, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2012, namun hubungan tersebut dilaporkan putus selepas dia bercinta dengan aktres Zahirah MacWilson. Sementara itu, Zul turut diminta mengulas apabila dia menjadi bahan kritikan rakan-rakan dalam industri susulan kes video panas yang melibatkan dirinya yang tular sebulan lalu.

Zul tidak ambil peduli jika ada yang kritik tentang dirinya.

Kata Zul, dia secara peribadi tidak akan memberi sebarang komen terhadap mana-mana rakan industri jika perkara sama terjadi kepada orang lain. “Kritikan atau pujian tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tidak ambil peduli. Saya hanya mahu bekerja dalam industri. “Secara peribadi saya tidak akan memberi komen jika ia terjadi kepada orang lain. Simpan sahaja untuk diri sendiri,” jelasnya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.