Baru je kehilangan suami, kini Anita Baharom pulak kehilangan ibu tercinta

Viral

Selepas empat bulan kehilangan suami yang pergi buat selamanya dalam tidur pada 1 Januari lalu, kehidupan pelakon Anita Baharom sekali lagi diuji apabila ibu tercintanya pula pergi menghadap Ilahi semalam. Anita menerusi perkongsian dalam Instagramnya memaklumkan bahawa dia kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee yang pergi buat selamanya pada usia 74 tahun. Anita memuat naik foto tangannya memegang tangan allahyarham yang diselubung dengan kain batik.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Mak Ita (panggilan dirinya) dah tak ada. Makkkk. Wirmah binti Pawanchee. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Anita bagaimanapun tidak berkongsi punca kehilangan ibunya, namun menerusi perkongsian dalam Instagram pada 30 Januari lalu, dia ada memuat naik gambar bersama arwh ibunya yang ketika itu sedang terlantar sakit.

Pelakon drama Tetuan Ang & Rahimin itu menerusi satu perkongsian InstaStory beberapa jam lalu memaklumkan jasad ibunya dimandikan, disembahyangkan serta selamat diuruskan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi tadi. Perkhabaran duka tersebut membuatkan ramai rakan selebriti dan warganet tumpang bersimpati atas kehilangan dilalui Anita. Mereka tidak henti-henti menitipkan doa dan semangat buat Anita agar terus kuat menempuh kehidupan mendatang selepas melalui episod perit kehilangan orang tersayang selang beberapa bulan.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Besar dugaan Ita. Ita kuat okey. Takziah Ita, Abang Zul dan keluarga,” tulis pelakon Amar Baharin. “Semoga Ita terus kuat adik. Ujian demi ujian dalam hidupmu. Ya Allah permudahkan segalanya dalam hidup Ita,” titip Zarina Zainuddin. Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tercinta, Ismadi Ismail, 50, pergi buat selamanya dalam keadaan tiba-tiba di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi. Ismadi meningg.lkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail. Sumber, KOSMO! ONLINE

Suami Anita Baharom pergi buat selamanya

Jendela 2022 yang diselak dengan berita menyedihkan buat pelakon Anita Baharom, 38, atas pemergian suami tersayang, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, di sini, jam 8 pagi.

Anita turut berkongsi khabar duka atas pemergian arwah Mohd Ismadi yang juga bekas wartawan dan penerbit program Astro menerusi laman Instagram (IG). Pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar itu bagai hilang kata-kata saat dihubungi BH Online.

“Ujian demi ujian bertandang, terlalu banyak kisah. Saya reda atas pemergian arwah suami dan terima suratan takdir ini. Arwh suami sudah berbelas tahun mengidap sakit kencing manis,” katanya.

Anita juga dengan kerendahan hati memohon doa orang ramai untuk arwh suami. “Saya mohon doa sanak saudara, sahabat dan semua. Semoga roh arwh ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan beramal soleh,” katanya ringkas dalam nada sedih. Bagaimanapun, Anita belum dapat mengesahkan butiran tepat waktu dan lokasi pengurusan. Anita dan arwh Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.