Tayang badan di Bali, Peminat risau jadi bahan ftnah di betis Fadlan Hazim

Viral

Pelakon Fadlan Hazim antara selebriti tempatan yang meluangkan masa cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan berehat di pulau Bali, Indonesia. Menerusi kemaskini foto di media sosialnya sejak beberapa hari lalu, Fadlan sempat berkunjung ke beberapa lokasi ikonik tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta. Malah, menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, Fadlan berkongsi beberapa keping fotonya yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong. Namun, yang menjadi tumpuan warganet serta peminatnya adalah tatu palsu pada bahagian betis kanannya yang dilekatkan ketika berada di sana.

Peminatnya risau, seandainya tatu itu disalah anggap oleh segelintir pihak dan mengundang ftnah.”Pakai tatu ker bang? Takut jatuh ftnah ja. “Maaf bang, kami ni sebagai peminat abang takut benda macam inilah, kami ni tengok dari gambar mana nak tahu tu tatu real ke, fake atau inai. PSuka betul kumpul ftnah. Baik cakap awal-awal tatu tu sementara,” tulis beberapa pengguna. Fadlan bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya mengandaikan setiap peminatnya sudah bijak untuk menilai.”Tak payah kot, korang semua cukup bijak dah. Ye doh. Ntah-ntah orang kahwin pun pakai tatu kat tangan weh,” tulis Fadlan.

Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang meminta agar warganet tidak terburu-buru meletakkan hukum dan menganggap hal (tatu sementara) itu secara terbuka.”Tu benda biasa jelah. Just for fun. It’s okay. Memang orang pergi sana banyak je buat macam tu. Relax yer. Kita buat apa yang kita suka bila dapat off work macam ni,” demikian pujuk peminatnya. Sumber, Gempak

‘Nama Fadlan panas gosip cinta tiga segi’

Figura kacak bernama Fadlan Hazim, 29, tidak perlu diperkenalkan kepada pencinta drama tempatan. Bersilih ganti wajahnya menghiasi kaca televisyen (TV) menemani penonton pada slot tayangan petang mahupun malam. Kini, drama lakonannya berlumba-lumba ditayangkan daripada drama Shah Alam 40000 hingga Kekasih Hati Mr Bodyguard. Jadi, tidak hairan nama Fadlan boleh membolosi empat pencalonan awal bagi kategori utama, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan dua kategori online iaitu Watak Antagonis Popular dan dua pencalonan menerusi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Namanya mungkin tidak segah Budak Baru Nak Up (BBNU), namun Fadlan tetap berjaya mengekalkan momentum, malah menjadi pilihan ramai produser. Namun, nama Fadlan menjadi bualan apabila timbul gosip mengatakan hubungannya dengan gadis berbangsa Tiong Hua, Julie Ann Kang yang terjalin sejak di bangku sekolah sudah berakhir. Dan, nama pelakon baharu, Anna Jobling pula dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa disebabkan mereka bergandingan menerusi drama Shah Alam 40000. Mengulas status hubungannya dan Julie, sejauh mana kebenaran Anna menjadi orang ketiga, Fadlan berkata, dia minta maaf tidak boleh memberikan komen berunsur peribadi.

“Saya lebih selesa jika berkongsi soal kerjaya dan projek terbaharu. Segala berkaitan soal peribadi juga tidak akan dikongsikan dalam laman sosial lagi. Jujurnya, saya dan Julie sudah bersahabat sejak sekolah lagi, jika dihitung sudah 16 tahun lalu. Jadi, kami akan kekal bersahabat sampai bila-bila. Lagi pun, keluarga kami saling mengenali,” katanya.

Mengenai hubungan dengan Anna, Fadlan juga enggan mengulasnya. “Soal ini juga saya minta maaf, saya tidak boleh menjawabnya. Cuma, apa yang boleh saya kongsi, Anna seorang pendatang baharu yang sangat serius dengan kerjaya. Anna tidak seperti pelakon baharu lain yang hanya ingin mengejar glamor dan keluar TV. Sebaliknya, Anna memang ingin berjaya. Dia memiliki sikap ingin tahu dan berjaya. Saya memang puji sikap Anna. Sehingga kini, kami masih rapat. Jujurnya, bekerjasama dengan Anna menjadi pilihan terbaik antara heroin yang pernah bergandingan dengan saya, selama ini,” katanya.

Bekas anggota kumpulan VIP itu berkata, dia lega apabila kebenaran meneruskan aktiviti penggambaran diberikan. “Jujurnya, saya memang tiada sumber pendapatan apabila hampir lima bulan tidak bekerja. Kini, saya sedang menyiapkan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang siarannya tergantung disebabkan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa tidak putus sama ada watak utama atau sekadar pembantu,” katanya.

Mengulas berjaya membolosi empat pencalonan ABPBH 34, Fadlan berkata, dia terkejut apabila mengetahui namanya menembusi empat pencalonan. “Sebagai pelakon senior, nama saya sudah semakin jarang dicalonkan. Kali terakhir, menerusi Watak Antagonis Popular pada 2018.

“Saya anggap kerja kuat berbaloi apabila berjaya dicalonkan dalam ABPBH 34. Setiap kali menerima tawaran tidak kira projek kecil atau besar, saya berusaha melakukan sehabis baik. Sudah tentunya saya lega kerana kerja keras dihargai. Ini membuatkan saya ingin bekerja dengan lebih kuat dan melakukan lebih baik lagi. Impian, saya percaya mana-mana pelakon pasti mengharapkan kemenangan. Namun, saya tidak terburu-buru mengejar trofi, mungkin apabila nama sudah kukuh dalam bidang lakonan,” katanya.

Pelakon yang menempa populariti menerusi drama Papa Ricky dan Seribu Rindu itu berkata, dia tidak melihat pencalonannya memberi cabaran apabila bersaing dengan bintang BBNU. “Saya sudah bersaing dengan ramai selebriti termasuklah bintang artis BBNU yang datang silih berganti sejak 2010. Untuk memastikan terus relevan, saya cuba tidak berada di takuk sama dan mencuba pelbagai watak sama ada antagonis, aksi mahupun komedi. Nak kata berpuas hati dengan pencapaian, rasanya masih banyak perkara yang perlu saya belajar. Saya mahu menjadi lebih bagus dan bersyukur kerana mampu bertahan lebih 10 tahun dalam industri,” katanya. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.