Masih berstatus solo sekali wak doyok dedah ciri bakal isteri yang dia cari, rupanya ini yang wanita tu perlu ada

artis

MASIH berstatus solo, pelakon dan usahawan Wak Doyok tidak dapat lari daripada ditanya tentang jodoh setiap kali bertemu saudara mara ketika musim perayaan. Bagi Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42, dia ada alasan sendiri mengapa memilih untuk tidak terburu-buru mencari pasangan dan hanya berserah kepada Allah. “Setiap orang ada rezeki masing-masing dan bagi saya jodoh sekarang ini untuk menjaga ibu sendiri. Itu adalah tanggungjawab untuk saya laksanakan. “Saya bahagia hidup bersama ibu dan belum dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang wanita bergelar isteri. Itulah yang akan selalu saya katakan apabila ada yang bertanya bila mahu kahwin,” katanya kepada mStar.

Melihat doa ibu adalah sebagai kunci kebahagian dan juga rezeki, Wak akan pastinya bakal isterinya nanti juga bersedia untuk tinggal bersama mentua.Kata Wak, apabila usia ibu semakin meningkat, inilah masa terbaik untuk memberi tumpuan penuh kepada wanita itu. “Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dahulu. Boleh atau tidak dia tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye! “Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin meningkat,” jelasnya.

Wak juga berkongsi dia pernah mahu dijodohkan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai seorang guru. Namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, hasrat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dilupakan. “Rasanya sekitar lima tahun lepas ada ibu saya cuba jodohkan dengan seorang guru namun tidak menjadi kerana saya terlalu sibuk dengan kerja. “Sekarang ini saya dah tak fikir soal jodoh. Hanya berserah kepada takdir yang Allah sudah tentukan dan menjalani hidup seperti biasa,” ujarnya. Sumber, MSTAR ONLINE

Mengadu Tak Puas Hati Baju Melayu Wak Doyok, Kini Wak Doyok Sendiri Tampil Balas Balik. Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki meng.4muk dengan pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok selepas menerima warna dan saiz baju melayu yang salah. Menurut Wak Doyok, 42, dia ‘aware’ dengan rakaman ketidakpuasaan hati yang dimuat naik di media sosial. Bagaimanapun, dia menyifatkan ‘sikap suka viral’ ini keterlaluan kerana kesalahan bukan sepenuhnya dari pihak ‘headquarters’ atau ibu pejabat.

Kata pemilik nama Mohd Azwan Md Nor, pelanggan seharusnya bijak dalam membeli dan berurusniaga agar tidak timbul isu kemudian hari. Kadang-kadang customer ni, minta baju yang dia pun tak tahu ukur badan dia. Saya dah bagi measurement, tapi dia tak ukur dan mungkin dia ingat baju Melayu sama dengan ukuran baju kemeja. Bila dia ambil yang body fitted sikit, itu yang jadi macam tu. Bila dia hubungi HQ, kena tunggu turn sebab terlalu banyak mesej yang masuk. Kalau dia tak puas hati dan datang sendiri ke HQ, bawalah jangan nak viralkan. Daripada sudut positifnya, kedua-dua parti ada keuntungan, sales naik, WhatsApp masuk tak henti-henti macam meter air! Bulan baik settle betul-betul. Sekarang ni platform nak bergaduh semua guna media sosial. Wak Doyok ditemui di butik vendor popular Starvilion Shah Alam yang hadir untuk mempromosikan happy hour ‘Baju Melayu Wak Doyok’ pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, ikon fesyen Malaysia bersyukur kerana tahun ini dapat menjual secara ‘all out’ tanpa kerisauan dan dijamin harga tak ‘cek.1k drh’. Tahun lepas memang terkesan sangat sebab kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama untuk peniaga yang tidak meniaga secara atas talian (online). Kesian la modal dah keluar, tapi tak boleh nak jual. Video, klik link. Tapi tahun ini memang ‘all out’ dari awal hingga akhir Ramadan. Bukan saja saya meniaga baju melayu koleksi tahun ini, ada juga penghabisan stok tahun lepas yang dijual dengan harga diskaun. Koleksi baju raya saya memang tak mahal, pelanggan tak akan rasa terbeban untuk beli dengan situasi sekarang. Sumber, Video Marcell Angkong & OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.