Empat tahun boleh memendam rasa, ini luahan Puteri Sarah tentang gangguan orang ketiga

artis

Selama empat tahun memendam rasa, Puteri Sarah tidak mahu lagi menanggung penyiksaan lebih teruk hingga menyebabkannya berdepan pendraan emosi dan ment4l. Menurut Puteri Sarah, selama ini dia tidak berkongsikan perkara itu kerana mahu mempertahankan rumah tangga, namun sabarnya ada batas dan bersyukur segalanya terluah sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini. “Kemelut rumah tangga saya bagaikan tidak kesudahan dan tiada jawapan pasti, apatah lagi, diuji dengan gangguan orang ketiga, sekali gus mendra emosi dan mentl. “Hanya pada Allah saya meluahkan kesengsraan disebabkan tidak mampu berkongsi dengan sesiapa demi menjaga maruah diri dan keluarga.

“Namun, saya juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Saya bukannya ‘bangk4i bernyawa’ yang boleh terus menelan gangguan orang ketiga berterusan selama empat tahun. “Hari ini, saya lega apabila segala yang terbuku di hati sudah pun terluah, sebelum saya berangkat ke Tanah Suci. Saya mahu mengerjakan ibadat dengan tenang, selain mohon petunjuk Allah,” katanya. Memohon hidayah daripada Allah mengenai apa yang berlaku, Sarah berkata dia reda dengan apa juga petunjuk Allah. “Saya mahu memulakan kehidupan baharu sekembali dari Tanah Suci. Apapun detik hati dan petunjuk yang Allah berikan, itulah yang saya akan ikut. Buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apapun keputusan saya selepas ini, itu adalah petunjuk Allah.

“Saya tak mampu nak tanggung sengsara seumur hidup. Saya perlukan ketenangan dalam mencari jalan keluar daripada kemelut rumah tangga tak berpenghujung,” katanya. Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia masih memberikan suaminya ruang sekiranya mahu memperbaiki perhubungan, namun dia reda dengan apa sahaja takdir. “Jika ditakdirkan jodoh bersama Syamsul masih panjang, saya terima. Namun, jika Allah sudah menetapkan, cukup-cukuplah empat tahun tanggung derita, saya reda dengan apa juga takdir yang tercipta. “Segala-galanya bukan keputusan mudah, apatah lagi, sudah lapan tahun hidup bersama. Keluarga mentua pula terlalu baik, melayan saya seperti anak sendiri dan menyayangi Syaikhul dan Sumayyah tanpa berbelah-bahagi. Namun, ‘no turning back’ ketika pintu hati sudah tertutup rapat,” katanya. Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga hingga menyebabkan dia dan suami tidak tinggal sebumbung. Sumber, BH Online

Dah Beberapa Hari Di Tanah Suci, Terkejut Bila Puteri Sarah Tampil Bongkarkan Keadaan Terkini Anak Di Sana. Aktres jelita Puteri Sarah berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun. Menerusi laman sosial Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, memuat naik beberapa keping foto sewaktu keberangkatannya. Pada perkongsian tersebut, suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.

Sarah yang mengenakan jubah putih lengkap berniqab berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur. Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunanNya nescaya Allah ampunkan mereka. Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur, tulisnya di ruangan kapsyen. Pelakon, Puteri Sarah Liyana memanjat rasa syukur apabila dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang berada di tanah suci Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah.

Puteri Sarah meluahkan perasaannya itu menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya. Akui Sarah, pada peringkat awal dia rasa takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah. Bagaimanapun, menurut Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan. At first, i was really scared macam macam fikir alamak nak bawak dua active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak. Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke, tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2. Syukur syaikhul dan Sumayyah behave, anak anak yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif insafftraveltours. Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankful Sekadar info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata. Kredit: HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.