Badan hanya tinggal tulang, ini keadaan terkini Hamid buat ramai yang terkedu

artis

Hamid berkata, dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya kian merosot dek faktor usia. “Alhamdulillah, saya sihat. Sakit tiada, tetapi kesihatan merosot dan sekarang, badan hanya tinggal tulang. Saya pun tidak tahu berapa lama sudah terbaring, tetapi Alhamdulillah, puasa tak tinggal,” katanya. Kongsi Timah pula, suaminya masih mampu berjalan seperti ke bilik air dan menunaikan solat. “Suami boleh bangun dan berjalan ke bilik air, malah boleh menunaikan solat di kerusi. Cuma, agak sukar untuk menyeimbangkan badan. “Dia tidak mempunyai penyakit teruk seperti sakit jntung atau kencing, cuma kian uzur disebabkan sakit tua. Sebelum terbaring, suami masih boleh memandu.

“Namun, kesihatan suami makin merosot selepas dijangkiti Covid-19 Februari lalu. Ketika jangkitan, keadaannya tidak teruk, tetapi selera makan berkurangan. “Suami juga tidak boleh banyak bercakap kerana cepat penat,” katanya. Timah meluahkan rasa syukur, anak-anak tinggal berdekatan. Justeru, tidak sukar bertukar giliran menjaga bintang yang pernah diangkat Artis Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 itu. Katanya, Syawal juga disambut meriah bersama di Klang sejak hari raya pertama. “Suami suka tengok anak berkumpul, sebab itu tak izinkan mereka tinggal berjauhan. “Jadi anak pulang ke Klang setiap hujung minggu. Begitu juga ketika sambutan Aidilfitri, semua akan berkumpul di rumah ini.

“Alhamdulillah, saya juga seronok tengok anak tinggal berdekatan. Jika ada kecemasan, senang hendak berhubung,” katanya. Sementara itu, anak Hamid, Nor berkata, bapanya tetap berpuasa penuh sepanjang Ramadan, cuma selera makan ketika berbuka tidak lagi seperti dahulu.“Jika dihidangkan makanan kegemarannya seperti asam pedas dan kari, abah tetap tidak lalu makan. Abah tidak mahu tinggal sehari pun puasa. “Kami nasihatkan abah tidak berpuasa kerana keadaannya sangat uzur, namun, baginya itulah saham akhirat. Abah beritahu, jika nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman. “Kami pernah membawa abah ke klinik kerana cirit-birit pada bulan puasa. Doktor menyuruhnya berbuka puasa. Namun, abah menangis enggan berbuka, jadi kami ikutkan sahaja kemahuannya,” katanya.

Nor bersyukur, bapanya masih mempunyai kudrat dan dipanjangkan usia. Bertanya amalan bapanya sehingga tidak mempunyai sebarang penyakit, Nor berkata, Hamid mengamalkan pemakanan sihat. “Abah banyak minum air kosong dan tidak minum air berais. Sewaktu sihat, bangun subuh, abah terus minum satu gelas besar air kosong. “Dia juga tidak makan yang bukan-bukan dan lebih banyak makan makanan direbus. “Sayur dan buah pun abah pilih, tidak makan semuanya. Antaranya, abah gemar makan sayur bayam dan betik. “Abah juga lasak dan banyak bertukang,” katanya.

Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu. Kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. Anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan masalah pendengaran dihadapi, meskipun penglihatan masih baik untuk membaca skrip. “Harap adalah anugerah dari Kerajaan kerana jasa Pak Hamid dalam industri seni begitu berkesan dan mendalam. Layak menerima penganugerahan.” “Semoga pnjng umur Pak HAMID di berikan kekuatan n kesihatan yg terbaik n di permudahkan segala urusan… Semoga ALLAH swt berkati n rahmati umur Pak HAMID… Aamiin”

Leave a Reply

Your email address will not be published.