Jangan gunakan agama, terkejut bile tiba tiba Dr Rafidah sound Mawi macam ni

artis

Kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah telah menarik perhatian warganet di laman twitter. Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, bp tinggi dan kolesterol. Iklan itu turut memaparkan penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi bin Ani menjadi duta produk.Mawi turut diihat mempromosikan produk tersebut dan mendakwa keluarganya telah mencuba dan sudah merasai perubahan.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu. “Salam Mawi, Kenapa perlu menipu pesakit-pesakit teruk saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956. Tak payah nak cerita tentang kenyataan yg menipu dan menunggang agama!”- tulisnya di laman twitter. Sementara itu, Rafidah turut menasihati golongan selebriti supaya beretika dan membaca panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mengeluarkan kenyataan dalam mempromosikan produk kesihatan.

“Adakah semua artis / selebriti tidak beretika? Kan ada panduan utk selebriti yg KKM keluarkan. Sila lah baca betul-betul . Cukup-cukup menipu orang-orang tua. Enough is enough.” Terdahulu, sebuah video memaparkan Mawi menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Tak Takut Dikatakan Suami Takut Bini, Sekali Mawi Dedah Sesuatu Dan Beri Komen Soal Rumah Tangga Puteri Sarah. Mawi akui dia tergolong dalam ‘suami takut bini’. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, penyanyi Mawi mengakui setiap rumah tangga pasti berdepan ujian tersendiri. Bagaimanapun, menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sikap berterus terang yang diamalkan dapat mengelakkan masalah tersebut menjadi kudis dan menjejaskan keharmonian. Malah penyanyi yang juga seorang pelakon dan pengarah itu turut berani mengakui dia termasuk dalam golongan ‘suami takut bini’.

“Masing-masing ada ujian la… yela, macam mana nak tempuh ujian itu. Saya pun melalui ujian rumah tangga, bukan orang ketiga ke apa. Tapi ujian rumah tangga. Ujian rumah tangga ini besar, bukan gangguan orang ketiga saja. Dalam rumah tangga ini, kita kena terus terang, dengan pasangan ini tak boleh simpan-simpan. Bila simpan-simpan ini, boleh jadi sangsi dan bersangka buruk. Apa saja kita buat, kena terus terang. Saya cuba amalkan benda itu la. Maksudnya mana pergi pun, saya beritahu. Sebab itu saya tak malu kata takut bini. Saya rasa takut bini itu sebenarnya akan membahagiakan lagi,” katanya.

Ujian rumah tangga ini besar, bukan gangguan orang ketiga saja.

Mawi ditemui ketika majlis pelancaran filem kisah benar Datuk Ustaz Kazim Elias berjudul Zim Zim Ala Kazim dan berbuka puasa di The 1985 Restauran, Empire Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kontroversi rumah tangga Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana yang didkwa diganggu orang ketiga, Mawi berkata, dia tidak pernah bertanyakan soal peribadi kepada pengarah itu.

Menurut penyanyi lagu Qasidah Untuk Qamila ini, dia hanya akan berbincang soal kerja setiap kali bertemu dengan anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu. “Saya tak pernah tanya pun fasal peribadi dia. Sebelum ini memang ada berjumpa dia tapi kami selalu bercerita fasal projek, nak buat movie, nak buat lagu. Saya langsung tak pernah tanya dan dia pun tak pernah cerita. Syamsul ini seorang yang kreatif, saya lihat dari sudut itu. Dia punya pandangan banyak bernas. Kalau nak buat movie, pandangan dia sangat bernas. Itu saja. Dia pun ada pendirian dia. Dia tahu apa dia nak,” ujarnya. Sumber, Mstar

Dedah Dicium Peminat Wanita Sampai Lintas Garisan Pengawal Untuk Cakap I Love You, Kini Mawi Tampil Ceritakan

Mawi kongsi pengalaman pahit manisnya menjadi selebriti dalam buku autobiografi. Momen dicium seorang wanita ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru suatu ketika dahulu masih kekal dalam ingatakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi. Akui terkejut dengan situasi itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 40, berkata pengalaman berkenaan mengajarnya untuk mengenal dunia seni sejak mencetuskan gelombang ‘Tsumawi’ setelah menjuarai rancangan realiti itu pada 2005.

“Ketika saya buat show dekat JB, ada seorang makcik berbangsa India terlepas masuk ke kawasan pengawal. Dia datang depan saya, tarik kepala saya dan cium beberapa kali di bahagian dahi. Tak henti dia cakap ‘I love you Mawi‘. Memang saya tergamam,” katanya. Kejadian itu merupakan antara pengalaman yang diceritakan Mawi menerusi buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia hasil tulisannya sendiri. Majlis pelancaran buku berkenaan berlangsung di Street Mall Opposite Bangi Getaway, Bandar Baru Bangi pada Sabtu. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, penyanyi Oja dan pengarang buku, Sir El.

Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada.

Bercerita lanjut tentang autobiografi berkenaan, Mawi berkata perkongsiannya juga boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin menjadi selebriti. “Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Saya yang tulis sendiri sebab merasakan perlu kongsi pengalaman itu. Sesiapa yang mahu jadi selebriti… ia boleh dijadikan sebagai persediaan. Ia mengisahkan tentang pengalaman saya menjadi selebriti selepas bergelar juara AF. Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini mengakui dia tidak pernah mengejar populariti namun keinginannya menyertai program realiti disebabkan ingin menjadi penyampai radio. “Saya tak pernah nak populariti ini, tak pernah mahukan. Dulu saya masuk AF sebab ada peserta AF yang berjaya jadi DJ radio. Masa itu, Adi Fashla, Burn dan Nana. Mereka berpeluang jadi DJ Radio selepas habis AF. Sebelum masuk AF memang buat kerja deejay orang kahwin di kampung. Sambil jadi deejay, saya menyanyi juga. Saya juga ada pengalaman jadi deejay di pasaraya di Subang Jaya,” ujarnya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.