Tak pernah rotan anak kalau buat salah, rupanya ini cara Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ajar anak

artis

PELAKON Hairul Azreen memberitahu dia dan isteri iaitu Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3, lebih takut dengannya berbanding isteri. Bagaimanapun, Hairul berkata, dia tidak pernah menggunakan rotan untuk menghukum jika anak-anaknya melakukan sesuatu kesalahan. “Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau naik suara ‘aaa’, nanti mereka takut dan menangis.

Anak-anak lebih takut dengan Hairul berbanding Hanis. “Tapi nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya, kalau saya marah, Hanis akan pujuk. “Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka tapi pernah la cubit atau saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam,” katanya kepada mStar.Sebelum ini, Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid memberitahu dia nampak saja lembut namun sebenarnya tegas dalam mendidik dua orang anaknya. Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la.

Menurut Hanis, dia mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anak agar tidak mengulangi kesalahan. Dalam pada itu, Hanis memberitahu dia gemar berkongsi mengenai anak-anak di laman sosial kerana beranggapan ia sebagai rujukan di masa akan datang. “Kami memang share saja tapi mungkin orang baca macam kenapa nak share. Bagi saya, perkongsian itu untuk rujukan saya sendiri untuk anak seterusnya.

Hanis sentiasa berkongsi mengenai anak-anak di laman sosial. “Sebab masa selepas lahirkan Yusuf, ada beberapa perkara penting yang saya tak kongsi menyebabkan bila saya lahirkan Alisa, tak tahu nak ambil rujukan dari mana. “Jadi, kali ini saya banyak kongsikan di laman sosial untuk rujukan sendiri. Sekurang-kurangnya bila saya kongsi, saya boleh cari balik bila perlu. “Kiranya seperti diari juga la. Kalau orang nak fikir lain itu, tak kisahlah,” ujarnya. Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Paskal itu pada Jun 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Berikut Sedikit Biodata Dan Info Mengenai Hairum Azreen. Nama penuhnya, Hairul Azreen bin Idris. Popular sebagai Hairul Azreen. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 April 1988. Berketinggian 1.78 meter. Anak kepada pasangan Idris Ali (bapa) dan Habsah Desa (ibu). Anak kedua daripada empat adik-beradik. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.8. Bergiat sebagai pelakon dan pelagak ngeri. Pernah menjuarai rancangan realiti, Fear Factor Malaysia musim pertama bersama rakan sepasukan, aktor Dazrin Kamarudin.10. Menduduki tangga ketiga Pencarian Kacak Bergaya 2008. Membintangi filem Senario The Movie Ops Pocot, Keramat, Hantu Kapcai, Gla-Gla Remaja 2, Pak Pong, Pencri Hati Mr. Cinderella, Qhaliq, PASKAL, Operasi X dan Polis EVO 2. Akan datang, filem Wira dan Impak Maksima 2 yang dalam proses pembikinan

Pembabitannya dalam drama, antaranya menerusi Rona Roni Makaroni, Bio-Nik, Merah Puteh, Ponti Anak Remaja, Dingin Lavenda, Asmara 2, Indera Joned, Setia Hujung Nyawa, 5 Bujang, Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Dia Semanis Honey dan Pelangi Cinta. Juga telefilem Siti Tivi, Fotokopi, 7 Dulang Asam Pedas, Untuk Terakhir Kali, Banglo Seksyen 2, Awang Senandung, Aku Bukan Buaya, Penunggu Bayang, Diari Dewi, Ibu Mummy Mama, Dalam Pelukan Ramadhan, Jangan Ambil Botol Itu, Lara Cinta Qaseh dan banyak lagi. Pernah muncul dalam video muzik Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif pada 2011. Dikaitkan bercinta dengan pelakon Faralyna Idris sekitar 2011 sebelum hubungan itu terputus pada Februari 2013. Mengakhiri zaman solonya dengan Hanis Zalikha yang juga seorang pelakon, pengacara dan blogger pada 8 Jun 2015. Perkahwinan mereka kemudiannya diserikan kehadiran cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016. Kredit, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.