Ada yang tak senang duduk bila tengok isteri Fazley pakai tndik hidung, sekali ini respon Fazley Yaakob buat ramai yang terdiam

artis

Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil membidas kecaman pengguna media sosial yang mengkritik penampilan isterinya, Datin Azrene Ahmad yang menindik subang hidung. Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Fazley, penampilan Azrene kurang digemari oleh warganet merujuk kepada statusnya sebagai seorang ibu. “Cantik adik tapi nose piercing tak tahu nak komen. Untuk cantik ker? Anak dah ramai boleh pakai di telinga je kot, sorry,” tulis pengguna berkenaan. Fazley langsung membidas komen terbabit, tulisnya; “Suka hati dialah. Kau apahal? Bini aku kot?! Dah pergi jauh-jauh jangan sibuk hal orang kat sini.

Pergi sambut raya, diam-diam okey?” Mengulas lanjut kritikan yang diterima berhubung penampilan isterinya, bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) itu terpaksa tampil membalas semula komen berbaur biadab yang ditulis warganet. “Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Dont worry, saya tetap maafkan. “Cuma, kali ni saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri. “Selalunya saya delete dan block terus. Tapi kali ni saya bagi peluang orang lain baca juga,” katanya. Tambah Fazley, melihat secara perspektif lebih luas, ramai dalam kalangan selebriti yang menjadi sasaran teguran warganet yang menulis dalam keadaan kurang beradab dan melampau.

“Bukan saya sahaja, tapi ramai di kalangan rakan selebriti yang terkena komen-komen; Pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstik haram, dan ada juga saya ternampak komen, awak gemvk sangat dah sekarang?! “Hahaha, hebat betul orang yang komen ni. Seolah-oleh mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan. Komen warganet, “Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block.. tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus. Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan,” nasihatnya. Sumber, https://gempak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.