Datin Fadhilah pernah nekad nak keluar rumah, rupanya ini punca yang ramai tak tahu

artis

Bagi yang tidak tahu pada 30 Jun 2019 lalu, pelakon Datin Fadhilah Mansor yang baru kehilangan suami, Datuk A. Rahman Hassan ketika itu pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah jantung. Anak tirinya, pelakon, Khir Rahman berkata ibu tirinya itu dikatakan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Bagaimanapun katanya kesihatan Fadhilah stabil dan dia berehat dengan pemantauan rapi doktor. Menurut Khir, ibu tirinya itu sememangnya ada masalah jantung dan ketika ayahnya masih hidup, mereka kerap menjalani pemeriksaan berkala bersama.

Fadilah berkata dia terlalu tertekan kerana sering memikirkan tentang suami sehingga menerima srngan jantung. Dalam pada itu, Fadilah turut menyuarakan hasrat hatinya akan berpindah keluar dari rumah suaminya. “Saya kena keluar juga dari situ, saya sudah tidak boleh duduk disana kerana kalau saya masih duduk disitu, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan suami. “Saya selalu terbayang-bayang suami turun tangga dan bercakap dengan saya,” katanya. Mengulas kenyataan Fadilah yang mahu tinggalkan kediaman bapanya, Khir berkata mereka tidak berhasrat menghalang hajat itu.

“Kami memang ada pujuk dia dan kata kalau boleh biarlah dia habiskan iddah disitu. Mulanya dia tidak cakap apa-apa nak ikut saja namun kemudiannya dia beritahu sebenarnya tidak boleh tinggal disitu.” “Apabila dia jelaskan keadaan sebenar, kami pun faham dan berikan kebebasan buatnya.” Khir bagaimanapun mengalu-alukan sekiranya Fadilah mahu pulang ke rumah itu pada bila-bila masa selepas ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published.