Baju mahal mahal tapi tak dapat pakai, rupanya ini yang jadi dekat baju raya yang harga 20 ribu

Viral

Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan meriah walaupun persiapan dibuat secara minit minit terakhir dan boleh dikatakan ramai yang kalut pada malam Raya. Umat Islam bersemangat menyambut perayaan tahun ini selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid 19. Walaubagaimanapun, di sebalik kegembiraan untuk beraya, lain pula yang dialami seorang pengguna TikTok farahwen telah memuat naik sebuah video yang memaparkan tragedi Raya yang berlaku kepadanya iaitu baju raya miliknya tertumpah kuah sate.

Difahamkan ditempah sejak 3 bulan lalu, wanita ini sedih dan terkilan atas kerosakan bajunya, dan tidak dapat melaram di hari raya dengan busana tersebut. Menerusi perkongsian tersebut, Farah mengatakan bahawa dirinya tidak sempat bergambar bersama keluarga dengan busana itu dan kesan kuah sate tidak akan hilang pada busana sutera itu. Tambahnya, busana yang dipakainya berharga RM 20,000 dan hal ini menyebabkan Farah berasa sedih. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi.

Para warganet memberikan beberapa cadangan untuk Farah membersihkan kesan kuah sate itu dan juga mengatakan tidak wajar untuk dirinya mendedahkan harga busananya seperti itu. Malah, rata-rata warganet juga berseloroh mengatakan bahawa jika bukan disebabkan kuah sate, pasti ramai tidak tahu harga harga baju tersebut. Para warganet turut mengatakan bahawa rugi beli pakaian yang mahal tetapi hanya boleh dipakai sekejap sahaja. Semoga dicucuri cekodok dan dilimpahi kuah kari serta tertumpahi kuah dal pulak lps ni. Rendam je la seluruh baju dlm kuah sate tu, kan sama rata nanti. selesai m.asalah. Baju mahal2 kalau kena kotor sikit tak leh cuci, campak je la ke tong sampah, apooo mahal2 tak leh cuci. Baju pasar malam rm 10 gonyoh dengan sabun kedai eco pun boleh hilang alangkan baju 20k tak boleh nak re.pair balik lemahhhh. Kredit, VC/RDK

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Terkejut Dengan Pengumuman Raya Tahun Ni, Kali Ni Ismail Sabri Tampil Umum Lagi Satu Kejutan Buat Rakyat. Susulan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei, kerajaan bersetuju mengubah hari kelepasan am yang diumumkan sebelum ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, cuti Hari Pekerja akan secara automatik dibawa kepada Rabu ini. “Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022,” kata Perdana Menteri.

Menurut beliau,ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8). “Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” katanya. Walau bagaimanapun, jelas beliau, ia juga tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti. Sumber, ASTRO AWANI

Raya Dah Nak Dekat, Kalini KKM Tampil Umum SOP Yang Dibenarkan Untuk Sambutan Hari Raya 2022 Ni. Setelah dua tahun terpaksa beraya sendirian bagi mengekang penularan virus CvdI9, akhirnya tahun ini rakyat Malaysia sudah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal pada awal bulan Mei 2022, KKM telah menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat.

Protokol yang dikeluarkan KKM ini hanya sebagai panduan umum, namun, masih tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Aktiviti Takbir Hari Raya dibenarkan dijalankan di masjid dan surau. Bagi takbir rumah ke rumah pula, turut dibenarkan dengan syarat perlu sentiasa memakai pelitup muka. Solat Sunat Hari Raya juga dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti penuh 100%. Semua jemaah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa, termasuklah ketika sedang solat. Jemaah digalakkan untuk mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri. Jamuan yang sering diadakan di masjid atau surau selepas waktu solat juga dibenarkan, tetapi mereka yang tidak menjamu selera dimohon agar memakai pelitup muka sentiasa.

Aktiviti yang paling dinanti-nantikan setiap kali Aidilfitri pula iaitu ziarah-menziarahi juga turut dibenarkan, ini termasuk ziarah tanah perkbvran. Bagi yang ingin mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya ‘indoor’ atau ‘outdoor’ turut dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka di tempat tertutup, dan digalakkan memakai untuk tempat terbuka. Kesemua aktiviti Hari Raya telah dibenarkan semula dengan syarat pelitup muka sentiasa dipakai agar penularan CvdI9 dapat dibendung. Mereka yang didapati positif tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti di atas, dan yang bergejala pula tidak digalakkan menyertai.

Walaupun tidak bergejala, masih ada kemungkinan untuk anda menjadi pembawa virus CVDI9. Amalkan dan lakukan ujian kendiri sebelum anda pulang ke kampung untuk pastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dilindungi daripada mendapat gejala teruk CVDI9. Kanak-kanak yang belum divaksin dan warga emas, terutamanya yang ada komorbiditi, berisiko tinggi mendapat jangkitan CVDI9 yang teruk. Sumber, Oh Bulan

Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVlD-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVlD-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka. Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVlD-19. Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit. “Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muda, jadi ada risiko (kes COVlD-19) naik. “Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia, tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVlD-19),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka. Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu. “Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi. Sumber, rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.