Lagu raya yang dihasilkan seharusya boleh diterma akal, Ramlah Ram tampil beri komen buat ramai setuju

artis

Umum lagi memang kita ketahui dengan penyanyi lagenda tanah air Ramlah Ram. Katanya dia akui tidak beberapa bersetuju dengan kehadiran lagu-lagu raya yang disuntik dengan elemen moden keterlaluan. Menurut Ramlah, dia juga dia tidak bersetuju jika ada yang menganggap penghasilan muzik hanya untuk tujuan tular semata-mata. Katanya lagi, “Karya muzik yang dihasilkan itu biarlah boleh diterima akal. “Mungkin akan ada yang menganggap ia adalah karya yang bertujuan untuk tular semata-mata. “Kalau boleh diterima akal, okay. “Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan. “Tapi bergantung selera masing-masing. Macam saya, saya lebih sukakan lagu elemen tradisional yang boleh buat ramai mengimbau kenangan bila dengar,” katanya.

Jelasnya lagi, secara jujur dia tidak mahu industri seni diracuni oleh karya dan individu sebegini. “Contohnya kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi. “Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini. “Bukan lagu Aidilfitri sahaja, bahkan lagu-lagu lain juga. Tapi, siapalah saya nak tegakkan pendapat saya,” katanya. Ramlah Ram berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0, di Bangi Resort Hotel.baru-baru ini. Sekadar info, Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 ini bakal berlangsung pada 4 Jun depan di Bangi Resort Hotel. Menariknya konsert ini akan menggabungkan barisan artis legenda seperti Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Baggio, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmat Mega dan penyanyi bersuara lantang Ramlah Ram. Sumber, gempak

Rindu nak peluk bonda. Meskipun ini kali kedua Aidilfitri dirai hanya di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, namun ramai juga penyanyi yang tampil menghasilkan lagu raya. Selain Aina Abdul, Dolla dan Amir Masdi, penyanyi berpengalaman seperti Ramlah Ram, 56, juga tidak ketinggalan melancarkan lagu raya baharu berjudul Kemenangan. Berbicara mengenainya, Ramlah berkata, idea untuk dia tampil dengan lagu raya baharu datang secara kebetulan. Katanya, dia pada awal merancang nak buat kandungan siaran untuk saluran YouTube Ramlah Ram Group. “Saya bercadang mahu rakam video nyanyian lagu irama gazal dan lebih ke arah muzik tradisional untuk dimuat naik sebagai ‘content’ di YouTube. Namun, abang ipar saya, Mohar mengajak untuk menghasilkan satu lagu istimewa.

Katanya lagi “Apatah lagi, saya pun dah lama tak rakam lagu raya. Seiingatnya, kali terakhir saya rakam lagu raya berjudul Bila Aidilfitri Kembali pada 2012. Bahkan, ia lagu duet menggandingkan saya dengan penyanyi, Jay Jay,” katanya. Menurut Ramlah, dia tetap teruja merakam lagu raya, Kemenangan itu yang disifatkan liriknya agak ‘catchy’ serta melodi pula memang tradisional Melayu. Katanya, ia lagu yang kena dengan jiwa. “Saya tahu disebabkan penularan pandemik yang belum berakhir ini, kita semua perlu menjalani kehidupan dalam suasana norma baharu. Pergerakan terbatas dan semuanya sudah berubah tidak sama seperti dahulu. “Kita kena akur dengan situasi ini walaupun agak payah juga sebenarnya. Apapun, kalau dahulu sambutan hari raya pasti meriah kerana dapat balik kampung meraikannya bersama ibu bapa dan sanak saudara.

Katanya lagi “Saya sendiri sarat menanggung rindu pada ibu di kampung yang sudah agak berusia dan lama tak jumpa. Dah berbulan-bulan lamanya saya tak dapat balik kampung melawat ibu dan kami hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon,” katanya. Kata Ramlah lagi, dia ingin mencium tangan ibu dan memeluk erat insan tersayangnya itu. Katanya, peluang mencium tangan dan memeluk ibu semestinya dapat menghilangkan perasaan kerinduaan yang berat dirasakan ini. Apapun, Ramlah berkata, dia takkan sesekali menjadi individu yang akan melanggar undang-undang dan arahan kerajaan. Katanya, dia lebih selesa bersabar serta teruskan berdoa semoga pandemik Covid-19 ini berakhir.

Selanjutnya “Saya juga berharap semoga lagu raya, Kemenangan diterima baik pendengar. Malah, lagu ini sudah boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik popular. Terima kasih pada peminat yang terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya. Ramlah yang sudah 36 tahun menceburi karier nyanyian berkata, perkembangan industri muzik masa kini terlalu pantas dan bergerak jauh. Namun katanya, dia bersyukur masih relevan dan tidak gentar bersaing dengan penyanyi baharu. Dia yang sangat popular pada era 1980-an, cukup dikenali dengan lagu seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Selamat Jalan Romeo, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Diam Diam Jatuh Cinta dan banyak lagi. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.