Teruk dikritik warganet kerana lawat kubur bukan islam, Sekali ini respon Shima buat ramai terkejut

artis

Umum lagi memang kita ketahui dengan penyanyi yang penuh sensasi ini, baru baru Shima berkongsi video melawat kubur Kristian di saat umat Islam meraikan bulan Syawal, penyanyi Baby Shima menerima kritikan dari warganet di media sosial. Rakaman tersebut memaparkan dia memakai baju kurung hitam sambil memegang payung ketika menziarahi sebuah kubur yang difahamkan milik mendiang datuknya.

Tolong Hormat Saya

Enggan membiarkan terus menjadi bualan ramai, Shima, 27, menyatakan dia mempunyai ramai saudara-mara Kristian dalam kalangan keluarga. Pemilik nama Nor Ashima Ramli memberitahu dia sudah merujuk kepada ustaz mengenai hukum melawat kubur berlainan agama dan katanya tidak salah dalam Islam. Saya ada ramai saudara-mara Kristian. Atuk dan nenek, ada Islam, ada Kristian. Jadi tolong hormat. Boleh saja ziarah kubur bukan Islam. Saya dah tanya pada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum. Payah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena! Bila kesalahan sendiri buat-buat tak nampak. Katanya “sampai mati tak maafkan” kerana geram dengan sikap warganet yang tak henti melontarkan kata kesat, pelantun lagu Lalai tidak akan memaafkan tindakan itu. Sumber, oh bulan.

Kecewa Dengan Kemunculan Lagu Raya Baru Yang Mengarut, Sekali Ini Pulak Komen Dari Baby Shima. PENYANYI Baby Shima kesal dengan kemunculan lagu-lagu raya baharu yang dianggap merepek dan mengarut. Menurut Shima, dia tidak menyebut mana-mana pihak, namun mengakui ia pendapat umum sebagai seorang yang mengikuti industri muzik Malaysia. Mengulas tentang hal tersebut, kata Shima, dia sekadar meluahkan pendapat sebagai salah seorang yang turut berada dalam industri seni. “Saya tidak menyebut nama dan jika ada yang beranggap saya bercakap tentang individu tertentu terpulanglah. “Apa yang saya katakan hanya pendapat peribadi sendiri. Tak salah rasanya untuk berkongsi kerana saya juga adalah pendengar yang mengikuti perkembangan lagu-lagu baharu,” katanya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsi itu, Shima berkata, lagu-lagu raya yang baharu dilancarkan kebanyakannya mengarut dan tidak sedap didengar. “Mengarut, merepek lagu raya sekarang ni, dengan pndan-pndannya, dengan mekap tiga kilogram, baju buruk dan ada pula gatal-gatal kat dalam lagu raya… Apa benda tu?” ujarnya di Instagram. Namun, segelinitir warganet beranggapan penyanyi itu Pura-Pura Bujang itu sengaja membuat content media sosial kerana mahu mempromosikan lagu rayanya berjudul Pulang.

Shima berkata, dia tidak perlu melakukan perkara sebegitu semata-mata untuk meraih perhatian kerana sepanjang berada dalam industri seni, dia sudah ada kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan. “Sebelum ini pun sudah banyak orang cakap saya suka cipta kontroversi. Tiada niat pun berbuat demikian kerana apa yang telah berlaku sebelum ini di luar jangkaan. “Jika ada yang mengatakan saya sengaja buat content… biarkanlah. Namun apa yang boleh saya kata, lagu baharu saya boleh diterima baik oleh telinga pendengar,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang sambutan Hari Raya Ailfitri tahun ini, Shima akan pulang beraya bersama keluarga di Johor. Walaupun cuti hanya beberapa hari sahaja, Shima akan menggunakan tempoh tersebut dengan baik untuk menziarahi saudara-mara di sana. “Dah dua tahun kita tidak beraya, jadi tahun inilah peluang untuk saya berjumpa saudara-mara di Johor dan ada juga yang berada di Singapura. “Tak berani lagi nak rancang jadual perjalanan raya nanti kerana akan ada sahaja idea baharu muncul bila berkumpul dengan keluarga,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.