Baru je terkejut dengan pengumuman raya tahun ni, kali ni Ismail Sabri tampil umum lagi satu kejutan buat rakyat

Viral

Susulan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei, kerajaan bersetuju mengubah hari kelepasan am yang diumumkan sebelum ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, cuti Hari Pekerja akan secara automatik dibawa kepada Rabu ini.

“Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, cuti Hari Pekerja akan secara automatik dibawa kepada Rabu ini.

Menurut beliau,ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8). “Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” katanya. Walau bagaimanapun, jelas beliau, ia juga tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti. Sumber, ASTRO AWANI

Raya Dah Nak Dekat, Kalini KKM Tampil Umum SOP Yang Dibenarkan Untuk Sambutan Hari Raya 2022 Ni

Setelah dua tahun terpaksa beraya sendirian bagi mengekang penularan virus CvdI9, akhirnya tahun ini rakyat Malaysia sudah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal pada awal bulan Mei 2022, KKM telah menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat.

Kebanyakan aktiviti Hari Raya dibenarkan

Protokol yang dikeluarkan KKM ini hanya sebagai panduan umum, namun, masih tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Aktiviti Takbir Hari Raya dibenarkan dijalankan di masjid dan surau. Bagi takbir rumah ke rumah pula, turut dibenarkan dengan syarat perlu sentiasa memakai pelitup muka. Solat Sunat Hari Raya juga dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti penuh 100%. Semua jemaah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa, termasuklah ketika sedang solat. Jemaah digalakkan untuk mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri. Jamuan yang sering diadakan di masjid atau surau selepas waktu solat juga dibenarkan, tetapi mereka yang tidak menjamu selera dimohon agar memakai pelitup muka sentiasa.

Aktiviti yang paling dinanti-nantikan setiap kali Aidilfitri pula iaitu ziarah-menziarahi juga turut dibenarkan, ini termasuk ziarah tanah perkbvran. Bagi yang ingin mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya ‘indoor’ atau ‘outdoor’ turut dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka di tempat tertutup, dan digalakkan memakai untuk tempat terbuka. Kesemua aktiviti Hari Raya telah dibenarkan semula dengan syarat pelitup muka sentiasa dipakai agar penularan CvdI9 dapat dibendung. Mereka yang didapati positif tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti di atas, dan yang bergejala pula tidak digalakkan menyertai.

Lakukan ujian kendiri

Walaupun tidak bergejala, masih ada kemungkinan untuk anda menjadi pembawa virus CVDI9. Amalkan dan lakukan ujian kendiri sebelum anda pulang ke kampung untuk pastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dilindungi daripada mendapat gejala teruk CVDI9. Kanak-kanak yang belum divaksin dan warga emas, terutamanya yang ada komorbiditi, berisiko tinggi mendapat jangkitan CVDI9 yang teruk. Sumber, Oh Bulan

Dijangka Kes Covid 19 Akan Meningkat Selepas Raya, KKM Siap Sedia Nak Ambil Tindakan Ni

Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVlD-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVlD-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka. Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVlD-19. Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit. “Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muda, jadi ada risiko (kes COVlD-19) naik. “Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia, tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVlD-19),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka. Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu. “Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi. Sumber, rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.