Hadiahkan Aeril kereta mahal, sekali ada sesuatu yang warganet perasan dalam video sampai tuan badan sendiri masuk komen

artis

Pelakon yang diberi jolokon CEO TikTok, Aeril Zafrel menggigil apabila isterinya Wawa Zainal menghadiahi dirinya sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador warna kuning yang dianggarkan bernilai RM 2.27 juta. Sebak dengan kejutan yang dibuat Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, Aeril berkata, dia sama sekali tidak menjangka menerima kereta mewah berkenaan daripada isteri tersayang. Sekadar info, Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali menerusi watak Andi dalam siri TV Kisah Kaisara musim pertama. Kelibatnya juga dilihat dalam Senja Permai di Astro Prima, Durja Ningsun, Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif Cerita Cinta Kita di TV3. Saya memang tak tahu Wawa beli. Sebelum ini, saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli Lamborghini Aventado. Pun begitu, waktu itu, dia tak bagi beli sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu dilunaskan. Barangkali sudah tiba saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa. Dua tiga tahun selepas itu, tukar kereta lain pula. Dengan hadiah ini, sekurang-kurangnya, dapat memenuhi impian, katanya.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, ketika diberikan kejutan, dia sebenarnya menganggapnya hanyalah kereta sewa namun ternyata, tidak sama sekali. Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingatkan kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa. Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa sungguh tak sangka, katanya. Menurut pelakon filem KL Vampires itu, edisi Lamborghini berkenaan sudah tidak dikeluarkan di pasaran selain memang inginkan warna kuning. Dalam pada itu, Wawa menerusi Instagram berkata, hadiah yang diberikannya itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan Aeril sebagai suami dan bapa kepada tiga anak mereka selama ini. Klik sini untuk lihat video.

Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang anda buat untuk keluarga selama ini. Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk reward Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dialah t.ulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya, katanya. Sekadar info, Aeril dan Wawa berkahwin pada 31 January 2015. Pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya. Kredit, Kosmo/IG. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.