Alhamdulillah dah selamat bersalin anak kedua, sekali ini keadaan terkini Eyra Hazali dan anak

artis

Sebelum ini ketika kandungan baru mencecah 34 minggu namun pelakon Eyra Hazali dinasihatkan bersiap sedia untuk melahirkan bayi keduanya pada bila-bila masa sahaja. Terpaksa bersalin awal dari tarikh sepatutnya, Eyra atau nama Hazirah Qasdina Hazali tetap bersyukur keadaannya semakin baik selepas menerima rawatan disebabkan bayi dalam kandungan tidak bergerak. Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, dia juga menerima suntikan kortikosteroid IM dexamethasone atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru bayinya.

“Untuk buat masa sekarang, Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Cuma doktor nasihat kena banyakkan berehat. Sebab mungkin baby boleh lahir bila-bila masa saja dari waktu sekarang. Ikutkan duedate saya bersalin lambat lagi tarikh sepatutnya saya bersalin pada 22 Mei depan. Sekarang ini usia kandungan baru saja mencecah 34 minggu. Sebab itu kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby. Sebab sebagai langkah sekiranya bayi saya keluar awal sebab sekarang ini pun saya dah alami contraction sikit,” katanya. Terdahulu, Eyra berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli berkata, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu. Dalam pada itu, Eyra berkata, doktor memaklumkan bahawa ukuran bayinya besar dua minggu dan terlalu aktif menyebabkan dia terpaksa bersalin awal. “Mungkin sebab bayi saya besar sangat dan terlalu aktif. Doktor ada maklumkan yang ukaran bayi saya besar dua minggu,” ujarnya. Pelakon, Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata keduanya semalam. Bagaimanapun berita gembira itu dimaklumkan Eyra hari ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada 29/4/2022, pukul 6:18 petang. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya ringkas. Hantaran itu disertakan bersama foto yang merakamkan Eyra sedang memangku anak keduanya sambil tersenyum bersama suami dan anak sulungnya. Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun. Kredit, Mstar/IG. Apa Pendapat Anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kandungan Tak Bergerak, Sekali Eyra Hazali Dedah Ini Tindakan Doktor Dan Siap Nasihatkan Untuk Siap Sedia. Eyra syukur suami dapat teman sepanjang terima rawatan di hospital. Usia kandungan baru mencecah 34 minggu namun pelakon Eyra Hazali dinasihatkan bersiap sedia untuk melahirkan bayi keduanya pada bila-bila masa sahaja. Terpaksa bersalin awal dari tarikh sepatutnya, Eyra atau nama Hazirah Qasdina Hazali tetap bersyukur keadaannya semakin baik selepas menerima rawatan disebabkan bayi dalam kandungan tidak bergerak. Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, dia juga menerima suntikan kortikosteroid (I/M dexamethasone) atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru bayinya.

Mungkin sebab bayi saya besar sangat dan terlalu aktif. “Untuk buat masa sekarang, Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Cuma doktor nasihat kena banyakkan berehat. Sebab mungkin baby boleh lahir bila-bila masa saja dari waktu sekarang. Ikutkan due date saya bersalin lambat lagi… tarikh sepatutnya saya bersalin pada 22 Mei depan. Sekarang ini usia kandungan baru saja mencecah 34 minggu. Sebab itu kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby. Sebab sebagai langkah sekiranya bayi saya keluar awal… sebab sekarang ini pun saya dah alami contraction sikit,” katanya. Terdahulu, Eyra berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli berkata, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu. Dalam pada itu, Eyra berkata, doktor memaklumkan bahawa ukuran bayinya besar dua minggu dan terlalu aktif menyebabkan dia terpaksa bersalin awal. “Mungkin sebab bayi saya besar sangat dan terlalu aktif. Doktor ada maklumkan yang ukaran bayi saya besar dua minggu,” ujarnya. Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun. Sumber, Mstar

Eyra Hazali hamil anak kedua, suami macam tak percaya. Pelakon Eyra Hazli mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah memasuki lima bulan. Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali berkongsi berita gembira itu kepada umum menerusi sebuah video dalam Instagramnya. Lebih istimewa, dalam video tersebut, Eyra turut membuat kejutan kepada suaminya yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.

“Awak serius ke sayang? Atau ini ujian kehamilan yang lama dulu,” soal Haziq dalam video tersebut yang seakan-akan tidak percaya isterinya kini berbadan dua. Menerusi video sama juga, pelakon drama Nur 2 itu mengakui, kit ujian kehamilan tersebut adalah yang baru dan bukan terdahulu. “Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu,” kata Eyra kepada suaminya. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteran dan kesihatan Eyra serta bayi dalam kandungan.

“Dah lama perasan kak Eyra mengandung dan akhirnya terjawab juga. Tahniah dan jaga kandungan baik-baik,” tulis warganet. Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan majlis perkahwinan diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun 5 bulan. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.