Hujung ramadhan berat betul dugaan, sedihnya anak lelaki Delimawati pergi menghadap illahi

artis

PELAKON Delimawati berkongsi berita sedih pemergian anaknya iaitu Zulfazli Jaafar pada petang Jumaat. Menurut Delimawati, 63, anak lelakinya itu ditemui pergi menghadap illahi dalam kereta di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor. Memetik laporan Harian Metro, menantunya memaklumkan Zulfazli sebelum itu keluar berjumpa rakan. “Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan. “Apabila isterinya periksa, dia sudah pergi menghadap illahi dalam kereta,” katanya. Delimawati bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pemergian anaknya itu.

Dia dipercayai tidur di dalam kereta yang masih dihidupkan dengan penghawa dingin. Jnzh Zulfazli dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum diuruskan. Sebelum itu, Delimawati berkongsi mengenai pemergian anaknya itu menerusi laman Facebook. “Allahuakbar. Berat sungguh dugaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggal. “Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga. “Ya Allah Kau lapangkan kbrnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu ampvnkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyu$ul nanti,” katanya. Sumber, MStar

Kak Limah sedih tak dapat beri penghormatan terakhir buat Mamat Khalid. Pelakon Dalimawati Ismail meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada pengarah Mamat Khalid yang pergi menghadap illahi, semalam. Dalimawati berkata, dia benar-benar terkilan apatah lagi akrab dengan keluarga Mamat Khalid. “Saya betul-betul rasa bersalah. Niat hati memang nak sangat hantar dia sampai ke ‘rumah’ abadinya. Saya dapat khabar sedih ini dalam jam 2.30 pagi menerusi rakan-rakan. Kemudian saya menelefon balu dan juga kru produksi bagi membuat kepastian mengenai berita pemergian itu. Saya ingin mengajak anak menemankan saya namun dia pula sedang hamil.

“Manakala kebanyakan rakan lain pula tinggal berjauhan. Pada mulanya saya rasa tidak sempat hendak ke Ipoh, Perak kerana Mamat diuruskan pada jam 11 pagi. Namun, saya terima berita arwh diuruskan selepas waktu Zohor pula. Saya hanya dapat mengirimkan doa dari jauh saja. Semoga arwh ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Insya-Allah, saya akan ke Ipoh untuk bertemu balu,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Dalimawati, kehilangan pengarah berkaliber itu sangat dirasainya lebih-lebih lagi arwah adalah insan yang menaikkan namanya menerusi filem Hantu Kak Limah beberapa tahun lalu. “Kali terakhir kami berjumpa pun sekitar dua tahun lalu. Kami ada berbincang untuk projek dan naskhah seni seterusnya tetapi Allah lebih sayangkan dia. Setiap yang hidup pasti akan pergi juga satu hari nanti. “Kami sudah bekerjasama sejak tahun 1980-an lagi, malah arwh juga banyak membantu saya. Daripada pelakon pembantu, saya memegang watak utama dalam Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.