Bapa pergi buat selamanya, Sharifah Zarina tampil dedah apa sebenarnya yang terjadi

Viral

Penyanyi Sharifah Zarina kehilangan bapa tersayang, Wan Hasan Syed Jamil, 69, jam 8.30 malam semalam. Zarina memaklumkan berita sedih itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya. Video tersebut merakamkan Zarina sebak dan menangis sebaik sahaja memberitahu berita itu kepada pengikut Instagramnya.

“Assalamualaikum, saya dapat khabar berita daripada Kuching. Ayahanda saya Wan Hassan Bin Syed Jamil Aijilani telah kembali ke rahmatullah. Semasa dia berada di masjid nak solat Isyak dan Tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak… Mohon kalian semua doakan untuk abah saya,” ujarnya sebak.

“Terima kasih Ya Allah. Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang dan terlalu ramai yg mencemburui kematiannya termasuk saya sendiri. Terima kasih kepada kalian semua yg tak putus mendoakan. Semoga kita juga bertemu dgn pengakhiran yg khusnul khotimah. Selamat Jalan my first love, Abah” – Sharifah Zarina Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rakan-rakan selebriti juga mengucapkan takziah kepada Zarina dan keluarga. Antaranya Datuk Aznil Hj Nawawi, Lisa Surihani, Lufya Omar dan Serina Redzuawan. Sumber, GEMPAK

Warganet Puji Sharifah Zarina Teman Anak Dara Pergi ‘Dating’, Siap Duduk Meja Sebelah

Umum mengetahui penyanyi Sharifah Zarina dan suami mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan terkenal di platform TikTok. Bukan sekadar mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan anaknya, malah dia juga tidak menghalang Athalia Deena Baswani sekiranya ingin mengikuti jejaknya dalam industri hiburan.

Tak janggal duduk bersebelahan

Mungkin ada ibu bapa yang tidak gemar turut serta dalam janji temu anak-anak dengan teman istimewa, berbeza dengan Sharifah Zarina yang dilihat bersama dengan suaminya menemani anak mereka keluar berjanji temu dengan seorang lelaki di sebuah restoran.

Menerusi satu video di akaun Tiktok miliknya, pelantun lagu ‘Langit Ketujuh’ itu dilihat berada di meja makan bersebelahan dengan meja Athalia dengan rakan lelakinya itu. Walaupun hanya memerhatikan dari jauh tanpa banyak bercakap, penyanyi berkenaan sempat membuat mimik muka comel dalam rakaman berdurasi 13 saat tersebut.

Athalia dan lelaki tersebut juga kelihatan selesa bersembang walaupun kedua ibu bapanya berada bersebelahan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji mereka kerana menjadi ibu bapa yang ‘sporting’. Ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman ‘dating’ masing-masing, dan ada yang berseloroh pasti berasa janggal sekiranya dalam keadaan tersebut.

Sumber: Sharifah Zarina, Athalia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.