Isteri Baim Wong dedah selalu kena ejek di sekolah, sekali dia dedahkan ini yang jadi bahan ejekannya

Viral

Paula kerap dibuli disebabkan memiliki ketinggian berbeza dengan pelajar perempuan lain. Gara-gara memiliki ketinggian berbeza daripada pelajar perempuan lain, isteri kepada pelakon Indonesia Baim Wong iaitu model Paula Verhoeven mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah. Memetik laporan Liputan6, Paula memberitahu dia sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah namun tiada siapa yang berani mengganggunya secara fizikal.

“Ya, saya pernah menjadi mgs.44 buli ketika di bangku sekolah. Waktu itu, di sekolah jarang ada perempuan tinggi. Tapi saya dibuli dengan ejekan saja. Tak ada yang berani buli secara fizikal,” dedah Paula yang mempunyai ketinggian 183 sentimeter.

Paula berkongsi pengalamannya dibuli ketika di sekolah menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube Thariq Halilintar baru-baru ini. Dalam pada itu, Paula berkata biarpun terpaksa memakai kasut tinggi ketika bekerja namun dia lebih selesa mengenakan selipar saja.

“Ketinggian saya semakin hari semakin meningkat. Sebab itu, saya tak boleh pakai kasut tinggi. Tapi sebab saya bekerja dalam bidang fesyen yang memerlukan saya pakai kasut tinggi. Cumanya kalau penggunaan harian, saya hanya akan pakai kasut yang tiada tumit saja,” ujarnya. Sumber, Mstar

Ebit Lew Menjalankan Misi Dakwah Ke Indonesia, Rupanya Kini Merancang Bersama Baim Wong Jalani Misi Kemanusiaan Di Benua Africa

Memang tak asing lagi kita dengan pendakwah ini. Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang menjalankan misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon dan juga YouTuber terkenal, Baim Wong, hari ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Ebit melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim yang disifatkan seorang dermawan Indonesia. “Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia yang suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya. “Cita-cita dan sudah menjadi sifatnya mahu melihat orang lain gembira, bangunkan rumah makan (restoran) percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang,” ujarnya.

Kata Ebit lagi, dia begitu mengagumi dan terkesan dengan kemuliaan hati Baim yang dermawan, malah mengakui menjadikan selebriti itu sebagai individu terawal untuk dijadikan contoh dalam memberi sedekah kepada masyarakat. Menerusi hantaran sama juga, Ebit memaklumkan bahawa pelakon yang turut mencipta nama di Malaysia menerusi drama berjudul Bukan Cinta Aku itu turut menyatakan minat untuk sama-sama menjalankan misi kemanusia bukan sahaja di Indonesia, bahkan ke seluruh dunia. “Syukur katanya juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dann seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk sama-sama menjayakan misi ke Afrika. “Tadi kami sama-sama menangis melihat anak-anak kelaparan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang di jalanan, kasihan melihat mereka tiada tempat tinggal. Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan Baim Wong,” tulis Ebit. – KOSMO! ONLINE

Ramai Yang Sedih Lepas Tegok Video Adik Akid Menangis, Tak Boleh Berdiam Sekali Ebit Lew Datang Bantu. Sudah menjadi lumrah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang dihadapi hampir ke semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju. Namun, ia bukanlah tiket untuk mempersendakan taraf hidup seseorang seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki dan keluarganya. Rumah Akid memang roboh. Semalam, kecoh di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan. Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.