Menangis sebelum cuci mekap, kali ni sebulan Ajoi Zainal alami jngkitan kuman pada mata

Viral

Mata kiri Ajoi dijangkiti kuman sehingga terpaksa lakukan operasi untuk buang ketumbuhan. Gara-gara menangis ketika mekap masih di wajah, peserta program Big Stage 2022 iaitu Ajoi Zainal mengalami jangk.1tan kvman di bahagian mata kirinya. Keadaan mata semakin pulih, Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin berkata ketumbuhan di matanya mula timbul selepas tersingkir di program realiti tersebut sebulan lalu. Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, doktor memaklumkannya jangkitan itu berpunca daripada alat solek yang dipakainya.

Ajoi berkongsi perkara itu Instastory miliknya.

“Alhamdulillah… keadaan mata saya dah beransur pulih. Jangkitan kvman di mata itu bermula selepas saya tersingkir dari Big Stage. Sebelum ini, saya tak pernah kena pun. Doktor kata mungkin salah satu sebabnya kerja saya melibatkan banyak chemical seperti solekan. Kemudian mungkin berpunca sebab saya banyak menangis masa solekan ada kat muka. Bermula dari itu, biji dalam mata tumbuh sikit-sikit sehingga menjadi besar,” kata Ajoi. Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Perlu Ungkapkan itu memuat naik foto memperlihatkan mata kirinya dalam keadaan bengkak di Instastory miliknya.

Kemudian mungkin berpunca sebab saya banyak menangis masa solekan ada kat muka.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Ajoi memohon maaf kerana sejak akhir-akhir ini dia menyepi dari media sosial disebabkan masalah jangkitan itu. Dalam pada itu, Ajoi memberitahu dia sudah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang berada di bahagian bawah mata namun jangkitan itu merebak ke kelopak mata.

Ajoi alami jangkitan di mata sejak tersingkir dari Big Stage 2022.

“Saya sudah buat operasi buang ketumbvhan yang berada di bawah mata tapi selepas itu, jangkitan itu jadi kat atas kelopak mata pula. Tapi kata doktor, itu normal. Bila dah pernah terkena jangkitan pada mata, lagi senang trigger lagi walaupun saya dah jaga betul-betul. Jadi, pengajarannya janganlah menangis teruk masa ada make up di muka. Cucilah betul-betul. Paling penting, jangan lupa cuci make up. Sekarang ini, saya jaga makan dan pastikan tak garu di kawasan jangkitan. Cara nak cepat kecut selain ubat doktor bagi, tuam di tempat terkena jangkitan dengan air panas atau suam,” katanya. Sumber, Mstar

Ajoi Zainal pitam selepas persembahan Big Stage, kini dibawa ke hospital untuk rawatan

Ajoi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Peserta Big Stage 2022 iaitu Ajoi Zainal dikejarkan ke Hospital Putrajaya sejurus selepas membuat persembahan di minggu keempat pada malam Ahad. Pengurus Ajoi, Aidil memberitahu penyanyi itu pitam di belakang pentas kerana mengalami masalah kesihatan. “Ajoi sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. Dia sedang menerima rawatan dan pemantauan doktor. Dia sudah sedar,” katanya.

Ajoi alami masalah kesihatan hingga ganggu persembahan.

Pada konsert minggu keempat itu, Ajoi menyanyikan lagu Jangan Khianati Aku yang dipopularkan Azlan & The Type Writer. Menerusi sesi komen juri, Ajoi turut memberitahu dia mengalami masalah kesihatan sehingga menggangu persembahan. BS22 yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien pada malam Ahad. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.