Lama sangat tak dapat job, kali ni ada sesuatu yang terjadi buatkan Shuk Sahar tertanya tanya hal sebenar

Viral

Shuk terkilan tidak dapat buat program TV lagi. Terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan masalah rumah tangga, pelawak Shuk Sahar mengakui namanya kini ditolak stesen televisyen. Biarpun menyedari hal itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berharap stesen TV mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan perkara itu secara rasmi kepadanya. Pelawak dan pengacara berusia 36 tahun ini juga berkata, dia ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan.

Nama Shuk masih ditolak stesen TV.

“Sebenarnya ada beberapa kali saya dah ‘lock job’ tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena ‘banned’? Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena ‘banned’, tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan. Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan,” katanya. Selain isu menduakan, Shuk juga pernah terkait kontroversi melibatkan pelakon Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai babak rgl dalam sebuah program temu buat pada Oktober tahun lalu.

Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan.

Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak rogol tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang tidak mahu lagi menyokong karier pelakon itu. Sejak timbulnya kontroversi itu, bekas pengacara program Mic On dan I Can See You Voice itu tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program TV. Gara-gara kehilangan sumber pendapatan utama dalam bidang seni, Shuk juga terpaksa menjual rumah miliknya dengan harga RM1.2 juta. Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk melahirkan rasa syukur apabila akhirnya rumahnya dibeli oleh seorang usahawan muda.

Shuk syukur rumahnya sudah ada pembeli.

“Alhamdulillah, rumah saya dah ada orang beli. Dia seorang usahawan yang muda daripada saya. Kebetulan dia menyewa di kawasan itu dan mencari rumah di kawasan itu. Dah jual pun rumah itu… memang sedih sebab rumah pertama saya. Masa itu juga saya masih bekerja di Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai rumah itu. Tapi tak sangka macam-macam jadi sehingga saya terpaksa jual rumah. Sebab saya tak dapat nak tanggung kehidupan. Shooting pun dah tak ada, daripada kena lelong baik jual. Dapat duit sikit, dapat guna untuk teruskan kehidupan saya sekarang. Sebab setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya,” ujarnya. Sumber, Mstar

Shuk Luah Rindu Anak Buat Ramai Sebak Dengan Nasibnya,Ini Komen Warganet

Perkongsian sebuah video daripada pelawak Shuk Sahar ternyata mencetuskan rasa hiba warganet. Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, Shuk berkongsi momen dia bersama anak perempuannya, Ain. Tambah pilu, kapsyen di posting berkenaan juga membuatkan ramai yang sebak dan simpati dengan nasib menimpa pelawak tersebut.“Ayah rindu Ain dan Aimy, nanti raya kita jumpa taw,” tulisnya.

Menerusi komen di media sosial, kebanyakannya menasihatkan Shuk untuk bersabar. Malah, ramai yang meminta supaya semua mengetepikan soal kontroversi terdahulu kerana video berkenaan memfokuskan terhadap kerinduan Shuk terhadap anaknya,“Sabar, ayah tetap ayah Shuk”. “Siapa pun dia, apa pun dia, apalah hak kita untuk menilai. Rezeki dia Allah dah susun”.“Sedih la bila Shuk cakap macam tu,” tulis beberapa warganet.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perpisahan terhadap pelawak itu pada November tahun lalu. Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2. Sumber, Gempak

Shuk Sahar Luah Rasa Kosong Tanpa Keluarga Di Sisi, Sampaikan Ada Kalanya Menangis

Sebelum ini, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik sebuah video di laman TikTok yang memaparkan anak perempuan meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

Tak akan lupa anak

Shuk menegaskan dia tidak pernah sesekali melupakan dua puterinya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3. Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia dan anak-anak akan ‘video call’ setiap hari. Saya tak pernah lupakan mereka dan kisahkan mereka. Sebelum mereka pulang ke Sabah, saya ada berjumpa. Setiap hari saya mesti video call dengan anak-anak.

Tambahnya lagi, dia akui masa dengan anak-anak sangat terhad kerana Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera yang menjaga sepenuhnya. Tapi kebanyakan masa, memang anak-anak Sera yang jaga. Sera jaga anak-anak dengan cukup baik, saya tak nafikan. Cukup bagus. Shuk berkata demikian ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, baru-baru ini.

Kosong tanpa keluarga

Ditanya perasaan menyambut Ramadan tanpa isteri dan anak-anak, pelakon filem Adnan Sempit 2 akui rasa tak sempurna dalam kehidupan. Masa bulan puasa ini pun dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi masa berbuka puasa. Walau ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa tanpa keluarga di sini.

Ada ketika saya menangis. Tapi apa yang terjadi, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda dan cuba untuk betulkan walaupun tahu ada perkara yang kita boleh betulkan dan ada yang tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku cvrang. Sumber, Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.