Sampai terlelap jual kerepek, ramai sebak dengan budak lelaki ni bila sanggup jual untuk cari rezeki

Viral

Pilu hati melihat rakaman pengguna TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tertidur ketika berjualan kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka. Menerusi rakaman tersebut, peniaga cilik itu dilihat menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek sambil duduk di tepi longkang kecil menghadap barisan kereta yang sibuk beratur memesan minuman secara pandu lalu. Dalam rakaman yang sama, kelihatan seorang individu yang turun daripada kereta dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak itu sambil mengejutkan dari tidur.

@danielaliisemoga Allah sentiasa lindungi ko dik?? Meninjau di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa sedih dan syahdu memandangkan kanak-kanak yang seusia itu terpaksa melawan norma realiti dan terpaksa berjualan mungkin untuk membantu menambah pendapatan keluarga. “Seusia yang sepatutnya dia tak perlu fikir masalah hidup tapi keadaan memaksa untuk adik ni matang awal dari yang sepatutnya. “Sedangkan budak-budak lain seronok main game atas katil dalam aircond, dia pulak penat cari rezeki. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dia.

“Aku pernah jumpa dia kat situ waktu malam, dia baik weh peramah. Pernah hulur kat dia sikit. Tapi dia punya berdoa kat kita tu kita yang sebak.”Dalam perkembangan terkini, pemilik akaun TikTok berkenaan berjaya mengumpulkan sedikit bantuan daripada warganet berjumlah RM1,055. “Assalammualaikum, saya tutup dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,” tulisnya. Sumber, Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.