Tampil dedahkan kisah ni, Doktor Irma siap dedah antara rutin bahaya pengasuh yang boleh ambil nyawa bayi

Viral

Baru-baru ini, seorang figura perubatan yang popular di TikTok iaitu Dr. Irma Izzati Malik mendedahkan kisah menyayat hati seorang wanita yang baru kehilangan anak. Menerusi sepotong video yang dikongsi di TikTok, Dr. Irma mendedahkan yang wanita berkenaan menghantar anak ketiganya yang baru berusia tiga bulan ke pusat asuhan, memandangkan dia sudah memulakan tugasnya kembali sebagai seorang guru.

Namun, tragedi menimpa apabila anaknya dijemput Illahi disebabkan cara pemberian susu yang salah kepada anaknya itu. “Dia baru je bersalin anak ketiga. Anak dia baru tiga bulan. Dia hantar ke pusat asuhan. This can happen to everyone. Pusat asuhan ni dah lama… of course dia buat research. Tiba-tiba dia dapat call daripada pusat asuhan tersebut kata anaknya tak bernyawa, dah pergi buat selamanya. Sangat sedih, teringat nangis balik. Sebab apa? Pengasuh bagi susu dan meniarapkan budak tersebut, konon nak bagi tidur lena lah.

Lepas beberapa minit tengok budak tu dah tak bernyawa. Pengajaran kat sini, apa sahaja konten, apa sahaja nasihat yang kita bagitau pasal jangan meniarapkan budak, jangan mengiringkan budak, terlentang adalah the best position untuk babies. Guna buai, jangan guna walker. “Bukan saja-saja, bukan kata kita tak faham kesusahan parents. It’s all about safety. Benda ni walaupun you dah lama jadi pengasuh, lama dah banyak anak, it can happen to anyone,” katanya. Tambah Dr. Irma, kes tersebut sudah menjadi kes polis dan dia berharap agar wanita berkenaan urusannya dipermudahkan. “So guys, there’s no such thing as argument dekat sini. Apa yang kita sampaikan adalah untuk keselamatan parents. Moga menjadi pengajaran,” tutupnya. Sumber, Gempak

Minta Untuk Betulkan Hidung Tapi Lain Pulak Yang Jadi, Sekali Ini Tindakan Yang Bakal Dikenakan Pada 2 Doktor Tersebut

Seorang pemilik salun mengemukakan sm.4n RM2.7 juta terhadap dua doktor sebuah klinik kecantikan di Kepong di sini kerana didkwa cuai dalam menjalankan operasi terhadap hidungnya. Pemilik salun di Axis Mall Ampang, Adam Hamil, 34, berkata, dia menjalani operasi “rhinoplasty s.vrgery” di klinik tersebut sebanyak dua kali bagi memperbaiki kedudukan hidungnya yang sedikit senget.

“Doktor kata boleh buat (hidung saya) 98 peratus sempurna, tetapi inilah hasilnya (kecacatan hidung) yang saya dapat. Sepatutnya selepas operasi hidung jadi “centre” (lurus). Operasi pertama pada 21 Mei 2021 bayaran RM10,000 dan operasi kedua pada 28 Jun percuma, tetapi hidung jadi semakin teruk,” katanya pada sidang media di pejabat peguamnya di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Adam menunjukkan gambar wajahnya sebelum melakukan operasi hidung di sebuah klinik kecantikan di Kepong tahun lalu.

Sementara itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, anak guamnya menuntut RM2.7 juta daripada defendan meliputi ganti rugi khas RM152, 211.95, ganti rugi am RM2,100,000 dan ganti rugi teladan RM500,000. Menurut beliau, ganti rugi am RM2,100,000 termasuk ganti rugi bagi kecuaian perubatan, travma, kejutan dan tekanan perasaan, kehilangan reputasi dan keyakinan perniagaan. Terdahulu, Wan Azmir berkata, sm.4n dikemukakan Adam adalah terhadap dua doktor dari sebuah klinik kecantikan yang terkenal dalam kalangan selebriti.

“Dalam kes ini tuntutan plaintif terhadap defendan adalah atas kuasa tindakan kecuaian perubatan, salah nyata dan penipuan terhadap anak guam kami semasa melakukan operasi “rhinoplasty sv.rgery”. Tuntutan ini adalah berkenaan kecc.4tan hidung yang dialami oleh anak guam kami,” katanya. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.