Yakin bukannya nak raih publisiti, Damian Mikhail pulak tampil beri komen isu Aliff Syukri

Viral

Nama usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri kembali ‘panas’ gara-gara klip video muzik (MV) lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Bukan sebab duit!

Susulan itu, anggota kumpulan V.E yang juga komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail bersuara lantang menerusi hantaran di Instagram (IG). Menurut Damian, 44, usahawan kosmetik itu tidak mengejar publisiti mahupun duit tetapi sekadar mahu ‘memondan’ dalam MV itu.

Kena tindakan undang-undang

Dalam pada itu, pemilik nama Damian Mikhail Seet berharap agar pelantun lagu Abang Nak Tegur dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati bulan suci Ramadan. Sekadar info, ini bukan kali pertama Aliff terpalit dengan kontroversi kerana pada tahun 2018 beliau memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata dalam video muzik bertajuk ‘Bobo Di Mana?’ Sumber, @damianmikhailmusic

Aliff Syukri Dipanggil SKMM, Rupanya SKMM Tiada Kuasa Sekat Rakaman Dan Ini Penjelasannya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.

“Kalau kita sekat dahulu, orang boleh smn kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang. Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana. Kalau menteri boleh sekat. Saya hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama media pada Selasa.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, tiada tindakan yang akan diambil. “Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka,” ujarnya. Ketika diminta untuk mengulas mengenai isu tersebut, beliau tidak memberi sebarang ulasan kerana akan dianggap prejudis terhadap penyiasatan. Sumber, Sinar Harian

Ramai Tak Puas Hati Video Raya Aliff Syukri, Sekali SKMM Panggil Semua Yang Terlibat Dan Annuar Musa Tampil Beri Penjelasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi ini.

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung klip video itu. Beliau berkata keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini. Sumber, BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.