Sampai tak tahu nak kata move on, Shuib luah sesuatu setelah 9 bulan kehilangan isteri

Viral

Biarpun sudah sembilan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi namun pelawak Shuib akui masih sukar untuk dia ‘move on’ ke hadapan.

Ada masa kita kuat

Shuib, 37, menyatakan luaran diri nampak kuat namun hakikatnya dia masih terluka dengan kehilangan arw.h. Kata pemilik nama pemilik nama Shahmira Muhamad, perasaan itu ada pasang surut bagaimanapun dia yakin satu hari nanti keadaan akan kembali pulih. Turun naik itu ada… Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best ja. Saya tak reti nak cakap move on tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan.

Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk turut bersama. Semuanya okey, semuanya happy. Tapi bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah, dia jadi auto ingat pada arw.h. Semua datang macam mana hari pertama (kehilangan) dulu. Mungkin begitulah.. Ada masa okey, ada masa tak okey. Bila kita teringat dekat dia, kita sedekahkan Al-Fatihah dan mengaji untuk dia. Jadi, hadap saja, insya-Allah mesti okey nanti.

Tanggungjawab besar

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini risau akan terus hanyut dibawa perasaan sedangkan dia masih ada tanggungjawab dengan empat orang cahaya mata yang masih kecil. Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa..takut terlarut dalam rindu. Sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh. Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus CvdI9. Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan. Sumber, Instagram @shuibsepahtu

Tak Galak Anak Ikut Langkahnya, Shuib Tampil Dedah Sesuatu Tentang Masa Depan Anaknya

Melihat pada telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial. Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis. Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arw.h isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis… saya tak cenderung untuk itu. Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family. Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi. Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bongsu bernama Ayash Affan. Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah. Sarah pula mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM dan seterusnya beberapa pertandingan lain seperti One In A Million dan Gegar Vaganza. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.