Dah pun masuk 38 minggu, kini ada Mira Filzah tampil tanya sesuatu buat para ibu

Viral

Pelakon, pengacara dan model jelita, Mira Filzah berkongsi foto kehamilan di Instagram mendapat perhatian ramai kaum ibu di media sosialnya baru-baru ini.

Kandungan Kini Masuk 38 Minggu

Menerusi hantaran yang dikongsikan Mira, selebriti ayu ini telah memuatnaik foto kehamilan sewaktu kandungannya berusia 36 minggu. Dalam pada itu, Mira juga mendedahkan bahawa dia kini telah memasuki minggu ke-38.

Bagi mengurangkan rasa gemuruh menanti hari kelahiran anak sulungnya, mira berinteraksi dengan orang ramai dengan bertanya kaum ibu minggu ke berapa mereka melahirkan anak pertama mereka. “Foto diambil masa 36 minggu. Sekarang saya masuk 38 minggu. Alhamdulillah. Ibu-ibu bersalin anak pertama minggu ke berapa? #nervoussikit” tulisnya

Kaum Ibu Banjiri Ruang Komen

Melihat hantaran selebriti jelita ini, ramai kaum ibu memberi respon terhadap soalan yang ditanya Mira kepada mereka dengan berkongsi minggu kelahiran anak pertama di ruangan komen posting tersebut. “Minggu ke-41” – Farah Lee. “Minggu ke-39” – Bella Astillah. “Kedua-dua 38 minggu dengan induced tak larat dah nak tahan sampai minggu ke-40.” – Nadia Annuar. “Minggu ke-40”. “Minggu ke-37.. Semoga Allah permudahkan urusan bersalin anda Mira”. “MIinggu ke-38 ngam-ngam.. Hehe Insha Allah, semoga Allah permudahkan perjalanan anda” komen mereka. Apa pun semoga urusan bersalin Mira berjalan dengan lancar. Sumber, Murai.my

Selamba Sebarkan Punca Palsu Kehilangan Pemanah Negara, Sekali Mira Filzah Tampil Beri Pesanan Padu

Video seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai punca kehilangan pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat pengambilan vaksin AstraZeneca turut mendapat perhatian pelakon Mira Filzah. Berang dengan sikap individu tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, menasihati semua orang agar berfikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu kenyataan di laman sosial. “Nak cakap ke tak eh. Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” tegas Mira.

Pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik status tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Isnin dan turut berkongsi semula paparan skrin info dan permohonan maaf individu tersebut. Sebelum ini, video seorang wanita dikenali sebagai Aqila Yusri mendkwa kononnya punca kehilangan arw.h Haziq adalah drh tersvmbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca. Susulan video itu tular, polis kini sedang mengesan wanita tersebut yang turut mendkwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kehilangan terbabit menerusi video tersebut.

Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan rakaman video itu dikatakan memaparkan berita palsu daripada seorang pelajar perempuan pada Jumaat lalu. “Siasatan awal mendapati rakaman video berkenaan dimuat naik menerusi status WhatsApp milik penama, Aqila Yusri selain dimuat naik dalam Instagram @agilayusri. Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kehilangan Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran drh tersumbat akibat ambil vaksin berkenaan. Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat,” katanya menerusi laporan media.

Pada 14 Mei lalu, pemanah negara Haziq Kamaruddin pergi buat selamanya pada usia 27 tahun di Hospital Kajang akibat komplikasi salur drh jantung tersumbat akibat perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis). Dalam pada itu, Mohd Zaid memberitahu kes penularan berita palsu itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. Media sebelum ini melaporkan hasil bdh si.4sat pemanah negara itu mendapati tidak menunjukkan punca kehilangannya disebabkan vaksinasi CVDI9. Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Zahari Noor dipetik berkata, setakat ini bdh si.4sat menunjukkan punca kehilangan adalah disebabkan komplikasi salur drh jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis). Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.