Umat islam bakal beraya awal sehari daripada tarikh sepatutnya, kini JAIM tampil jelaskan perkara sebenar

Viral

Semalam tular mengenai dkwaan kononnya kedatangan Syawal kali ini bakal tiba sehari lebih awal. Pun begitu Balai Cerap Al-Khawarizmi menyangkal dakwaan kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut sehari lebih awal dan bukannya pada 3 Mei. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Facebook rasmi agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu, Balai Cerap Al-Khawarizmi memaklumkan tangkap layar yang tular itu adalah palsu. “Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (Rukyah dan Hisab) yang mana Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi ditetapkan di seluruh Malaysia.

“Hasil keputusan Rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H dan keputusan kenampakan Hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” menurut kenyataan berkenaan. Kenyataan itu juga memaklumkan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan. Terdahulu, tular tangkap layar kenyataan kononnya dikeluarkan pihak Balai Cerap Melaka meminta umat Islam bersedia untuk kemungkinan tarikh Syawal tahun ini berubah kepada awal sehari daripada yang tertera di kalendar. Hal ini kononnya perkiraan syarat kenampakan Hilal tahun ini mengikut format baharu dan umat Islam diminta bersedia sekiranya diumumkan pada 2 Mei. Sumber, Harian Metro

Dijangka Kes Covid 19 Akan Meningkat Selepas Raya, KKM Siap Sedia Nak Ambil Tindakan Ni

Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVlD-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVlD-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka. Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVlD-19. Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit. “Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muda, jadi ada risiko (kes COVlD-19) naik. “Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia, tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVlD-19),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka. Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu. “Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi. Sumber, rose merah

Terkini Agong Dan Tunku Azizah Disahkan Positif Covd19, Ini Keadaan Terkini Buat Ramai Yang Risau

Istana negara hari ini menyampaikan satu khabar duka yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disahkan positif covid19. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif covid19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara masing-masing hingga Khamis dan Jumaat ini.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja iaitu Datuk Ahmad Fadul Shamsuddin turut memaklumkan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijangkiti virus tersebut. “Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.” “Kesihatan Seri Paduka Baginda, secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.” Susulan itu, Sultan Abdullah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara sehingga 7 April. Manakala, tempoh kuarantin Permaisuri Agong pula adalah sehingga 8 April depan. SUMBER, Portal majoriti/Redaksi

Masak Tak Letak Air, Permaisuri Agong Dedahkan Tips Untuk Msk Ini Buat Ramai Yang Teruja

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sudi mencemar duli bagi menyantuni mereka yang terlibat dengan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran. Difahamkan, Tunku Azizah telah bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan anakanda-anakanda baginda berdua bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang terlibat dalam bencana banjir.

Dalam lawatan tersebut, permaisuri kesayangan rakyat ini sanggup menyingsing lengan baju semata-mata bagi menyediakan makanan kepada mereka yang terlibat dengan banjir. Malah, Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

“Saya tak letak air dalam sardin saya” “lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air. Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah. Rata-rata mereka yang menonton video tersebut berasa terharu dengan keprihatinan tuanku berdua yang berhati rakyat selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Sumber, Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.