Rasa sebak, Ebit Lew kini luah sesuatu lepas bertemu remaja punk di Jakarta

Viral

Dia turut memberitahu dirinya telah berbelanja majlis berbuka puasa dan membelikan baju raya serta solat dan tazkirah bersama mereka. Pendakwah terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa sebak sewaktu bertemu dengan sekumpulan remaja punk di Jakarta, Indonesia.

“Menangis Bersama Anak Punk Di Jakarta”

Menerusi hantaran di Instagram, Ebit Lew berkongsi bahawa di sebalik tatoo sekumpulan remaja punk itu terdapat kisah air mata yang dilalui oleh mereka. “Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini. Tak tahu bila lihat anak ini di jalanan dan melalui hidup ujian mereka . Disebalik tatoo mereka ada kisah air mata.”-Kongsi Ebit Lew

Belanja Majlis Buka Puasa & Membeli Baju Hari Raya

Tambahnya lagi, dia turut memberitahu dirinya telah berbelanja majlis berbuka puasa dan membelikan baju raya serta solat dan tazkirah bersama mereka. “Belanja anak Punk buka puasa kemudian shopping Baju Hari Raya. Kemudian ajak check in hotel semuanya. 9 bilik untuk mereka. Kami solat dan tazkirah bersama. Lembut sangat hati anak-anak ini.”-Ebit Lew

Titip Harapan Buat Remaja Punk

Pendakwah bebas ini turut menitipkan harapan agar sekumpulan remaja Punk itu dilimpahi rahmat dan sentiasa dijaga Allah. “Sebak sedih masa solat. Senang je semua menangis. Dengan saya tak tahan menangis. Mereka semua nak solat dan hijrah. Saya aturkan supaya sebahagian mereka dapat keluar khuruj bersama jemaah Tabligh. Berada di jalan Allah. Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah. Berjuta rahmat yang kau ber buat mereka berilah seidkit buat diriku.”-Ebit Lew. Ebit Lew turut menceritakan bahawa sekumpulan remaja Punk yang ditemuinya menitipkan ucapan terima kasih kepada pendakwah bebas ini kerana melayan dan berkongsi rezeki bersama mereka. Sumber, Murai.my

Ebit Lew Menjalankan Misi Dakwah Ke Indonesia, Rupanya Kini Merancang Bersama Baim Wong Jalani Misi Kemanusiaan Di Benua Africa

Memang tak asing lagi kita dengan pendakwah ini. Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang menjalankan misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon dan juga YouTuber terkenal, Baim Wong, hari ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Ebit melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim yang disifatkan seorang dermawan Indonesia. “Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia yang suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya. “Cita-cita dan sudah menjadi sifatnya mahu melihat orang lain gembira, bangunkan rumah makan (restoran) percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang,” ujarnya.

Kata Ebit lagi, dia begitu mengagumi dan terkesan dengan kemuliaan hati Baim yang dermawan, malah mengakui menjadikan selebriti itu sebagai individu terawal untuk dijadikan contoh dalam memberi sedekah kepada masyarakat. Menerusi hantaran sama juga, Ebit memaklumkan bahawa pelakon yang turut mencipta nama di Malaysia menerusi drama berjudul Bukan Cinta Aku itu turut menyatakan minat untuk sama-sama menjalankan misi kemanusia bukan sahaja di Indonesia, bahkan ke seluruh dunia. “Syukur katanya juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dann seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk sama-sama menjayakan misi ke Afrika. “Tadi kami sama-sama menangis melihat anak-anak kelaparan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang di jalanan, kasihan melihat mereka tiada tempat tinggal. Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan Baim Wong,” tulis Ebit. – KOSMO! ONLINE

Ramai Yang Sedih Lepas Tegok Video Adik Akid Menangis, Tak Boleh Berdiam Sekali Ebit Lew Datang Bantu. Sudah menjadi lumrah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang dihadapi hampir ke semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju. Namun, ia bukanlah tiket untuk mempersendakan taraf hidup seseorang seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki dan keluarganya. Rumah Akid memang roboh. Semalam, kecoh di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan. Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.