Terpaksa ke unit rawatan kecemasan, Yusuf Bahrin cemas dan rupanya ini yang jadi pada isteri

Viral

Dis.3rng demam panas, penyanyi Zizi Kirana dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad. Mengalami tekanan drh rendah dan jangkitan pada bahagian tekak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata suaminya yang juga merupakan pelakon iaitu Yusuf Bahrin antara individu yang panik melihat keadaannya ketika itu. Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, Yusuf yang sedang menjalani penggambaran bergegas pulang ke rumah untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Zizi bersama suaminya, Yusuf.

“Tiba-tiba pagi semalam saya alami demam panas… badan saya jadi menggigil. Tekak pula ada jangkitan dan drh rendah sebab tak cukup rehat. Yusuf paling panik, dah la ketika itu dia sedang menjalani penggambaran. Apabila dapat tahu keadaan saya semakin teruk, dia terus minta izin produksi untuk balik. Nasib baik pihak produksi memahami dan okay. Melihat wajah saya dah pucat, dia terus bawa ke hospital,” kata Zizi.

Kesian juga la dia patah balik sana sini tengah malam buta.

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu memuat naik foto keadaan isterinya sedang menerima rawatan di hospital menerusi Instastory miliknya. Pada November tahun lalu, Zizi pernah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sak1t perut kerana bekerja tanpa henti. Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini mengakui dia berasa kasihan melihat suaminya sanggup berpatah balik dari lokasi penggambaran kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Zizi kesian melihat suaminya berpatah balik ke lokasi penggambaran pada tengah malam.

“Selesai urusan di hospital, Yusuf sambung shooting dekat Subang Jaya. Kasihan juga la dia patah balik sana-sini ketika sudah tengah malam. Bila saya dah tidur, baru dia pergi kerja semula. Sekarang ini saya berehat di rumah sahaja sebab semalam doktor dah beri ubat tapi kalau keadaan hari ini masih tak okay juga, doktor suruh tidur di wad,” ujarnya. Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September tahun lalu di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sumber, mStar

Pertama Kali Puasa Sebagai Isteri, Zizi Kirana Dedah Ada Sesuatu Yang Buat Dia Bimbang

Tahun pertama bergelar isteri, Zizi akui terasa berbeza. Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana akui bimbang tidak dapat menyediakan juadah yang terbaik buat suami waktu bersahur dan berbuka. Bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berasa lega apabila suaminya Yusuf Bahrin bukanlah seorang lelaki yang cerewet.

“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami? Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang simple dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur. Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya.

Yusuf tidak cerewet memilih makanan

Bercakap tentang pilihan lokasi dan juadah berbuka, kata Zizi, dia lebih senang memasak di rumah dan hanya membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka. Disebabkan dua tahun terbiasa berbuka di rumah sebelum ini akibat pandemik CvdI9 dan Prnth Kawalan Pergerakan (PKP), Zizi akui masih ada rasa ragu-ragu untuk ke tempat yang ramai orang.

Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang

“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini. Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” ujarnya. Ramadan tahun ini juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tingkatkan amal ibadah selain mahu memberi fokus kepada pengurusan keluarga.

Zizi tidak ambil banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan.

Disebabkan itu Zizi sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan kerjayanya agar tidak menerima terlalu banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan. “Sebelum Ramadan saya sudah beritahu pengurus supaya tidak mengambil terlalu banyak kerja. Inilah masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan melakukan ibadah. Kita tidak tahu adakah akan bertemu dalam Ramadan akan datang, jadi manfaat peluang ini untuk melakukan lebih banyak kebaikan,” jelasnya. Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September tahun lalu di Kuala Lumpur. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.