Ustazah Asma Harun tampil beri teguran MV lagu raya Aliff Syukri, siap ini tanggapan Ustazah Asma

Viral

Ustazah Asma’ turut anggap ia sebagai barah yang semakin kronik dalam masyarakat yang bangga menjadi trending. Pendakwah bebas dan penceramah terkenal tanah air, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran terhadap tindakan usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Aliff Syukri berikutan video muzik lagu raya terbaharunya yang telah mencetuskan kecaman dari pelbagai pihak.

“Bangga Pula Dengan Tingginya Viewers Yang  Berjaya Dicapai”

Menerusi hantaran nya di Facebook, pendakwah bebas ini meluahkan rasa hairan bagaimana video muzik dengan aksi melampau itu berani ditayangkan menjelangnya 10 hari terakhir bulan Ramadan. “Kita tidak pasti apa yang bermain dalam fikiran mereka tetapi bagaimana video muzik dengan aksi yang sangat melampau sebegitu berani ditayangkan saat menjelangnya 10 hari terakhir bulan Ramadan. Bukan saja tidak ada sekelumit pun rasa malu, bahkan berbangga pula dengan tingginya viewers yang berjaya dicapai. Allahuakbar.”-Ustazah Asma’

Brh Kronik Dalam Masyarakat

Tambahnya lagi, Ustazah Asma’ turut menganggap ia sebagai barah yang semakin kronik dalam kalangan masyarakat yang bangga menjadi trending walau dengan cara yang bertentangan dengan agama. “Inilah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama mereka yang inginkan pengaruh dan seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, BERBANGGA MENJADI TRENDING #1 walaupun dengan cara yang bertentangan dengan agama. Dulu pernah ditegur, diberi nasihat dan sebagainya, namun masih berulang hal yang sama tanpa ada secebis rasa sesal.”-Ustazah Asma’

Malu Dengan Budaya Lelaki Yang Menyerupai Perempuan

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ Harun memberitahu dirinya tidak bermaksud untuk merendahkan golongan lelaki lembut, namun kecewa dengan video muzik lagu raya terbaharu itu yang menampilkan penari iringan yang bersolek seperti wanita. “Bukan maksud hendak merendahkan golongan lelaki lembut, tetapi jangan sekali-kali mengangkat budaya yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan. Video ini terang-terangan menampilkan penari iringan yang solekannya seperti wanita, maaf ia sungguh memalukan!”-Ustazah Asma’. Pendakwah bebas turut berpendapat sekiranya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat secara nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita. Sumber, Murai.my

Tular Tiket Jb Habis Dijual, Sekali Ini Pula Respon Ustazah Asma Harun Sampai Seru Ibubapa Lakukan Ni

Konsert jelajah Justice World Tour telah membuatkan rata-rata peminat Justin Bieber tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi kesukaan mereka pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil. Kecenderungan untuk ke tempat mkst masih subur. Meskipun begitu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berhubung konsert Justin Bieber yang bermula penjualan tiket pada hari ini. Menurut Asma’, fenomena penyanyi kelahiran Kanada itu membimbangkan dirinya setelah mendapat sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan.

Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga telah mati. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti di Stadium Bukit Jalil, semakin rancak sambutan golongan anak muda. Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan, bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk beli tiketnya.

Antara yang viral juga ialah video seorang anak meminta duit pada ibunya untuk hadir ke konsert. Allahu Akbar. Sungguh, fenomena ini memang sangat membimbangkan. Rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat macam tu masih subur. Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Asma’ berpendapat lebih afdal sekiranya duit itu digunakan ke arah perkara yang lebih bermanfaat ataupun diberikan kepada golongan memerlukan. Dalam pada itu, Asma’ memohon kepada golongan ibu bapa untuk tidak memberi kebenaran kepada anak pergi ke tempat yang melalaikan.

Saya menyeru kepada ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian, gunakan kuasa dan kemampuan yang ada untuk selamatkan ahli keluarga kita daripada tergelincir ke daerah yang tak elok, sama ada disebabkan dorongan nafsu hiburan atau pujukan kawan-kawan.

Bimbang jika semua permintaan anak kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang terang-terangan berbentuk maksiat, pasti kita akan dipersoal di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka, bertegaslah selagi perlu meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti. Malah, dia juga menekankan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 3 April ini. Sekiranya kita benar-benar menjaga kemuliaan Ramadhan,

nescaya kita akan lawan daripada menghadiri program tersebut, sesuai dengan konsep Ramadhan yang tujuannya untuk melatih orang mukmin melawan hawa nafsu, meskipun konsert itu diadakan pada bulan 10 nanti. Berjuanglah habis-habisan melwan kehendak keinginan yang memperdaya, agar kita tidak tercicir akhirat lalu ditipu kehidupan dunia. Kita bimbang sekiranya Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia, tanpa mendapat sebarang pengampunan atau rahmat yang amat diperlukan oleh si hamba. Sumber, Facebook @Ustazah Asma’ Harun/OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.