Tol percuma dan ada diskaun untuk balik raya, ini tarikh bila ianya akan dimulakan

Viral

Berita baik buat anak-anak kota yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga. Kalau ada yang tidak tahu, sebenarnya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang beraya bermula hujung bulan ini. Pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara – Selatan.

Berita itu juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin. Tawaran tol percuma itu akan bermula pada jam 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan. Selain itu, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara – Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga turut diberikan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan. Berikut merupakan senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma: 1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah(ELITE)3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 18. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 29. Lebuhraya KL – Karak (KLK) Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus: 1. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)2. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)3. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)4. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)6. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)7. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)8. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) Sumber, Gempak

Transaksi tol RFID bermula malam tadi

Pengguna transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) mula menggunakan kemudahan itu di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan bermula jam 10 malam tadi. Tinjauan di beberapa plaza tol, termasuk Plaza Tol Sungai Buloh dan Plaza Tol Jalan Duta mendapati, ramai pengguna sudah menggunakan kemudahan itu dengan terdapat sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pula kelihatan orang ramai mengambil kesempatan memasang pelekat RFID Touch ‘n Go di pusat pemasangan yang disediakan di sepanjang lebuh raya. Pensyarah, Mohd Nizlan Mohd Nasir, 51, berkata beliau yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak membuat keputusan memasang RFID pada hari ini. Katanya, walaupun sudah tahu mengenai kemudahan itu sejak beberapa tahun lalu, namun dia tidak bercadang memasang lagi ketika itu kerana mahu melihat kepuasan tahap penggunaan orang ramai terlebih dulu.

“Tetapi, hari ini selepas berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan, termasuk kini sudah ada di Lebuh Raya Utara-Selatan dan melihat ramai orang sudah pasang, saya ambil keputusan untuk pasang juga. Bagi saya ia satu kemudahan yang lebih cepat ketika berada di plaza tol, manakala cara untuk tambah nilai juga lebih mudah hanya menerusi e-wallet,” katanya ketika ditemui di R&R Sungai Buloh.

Beliau juga berharap pemasangan pelekat RFID turut disediakan di lebih banyak kawasan termasuk di stesen minyak. Jurutera, K Seridaran, 60, berkata dia memasang RFID kerana tahu kemudahan itu lebih cepat dan dapat mengelak kesesakan terutama di plaza tol.

“Bagaimanapun, saya berharap kemudahan Touch ‘n Go dan SmartTAG tidak dihapuskan kerana dapat memberi lebih pilihan kepada pengguna dalam transaksi tol. Ketika ini penggunaan kad Touch ‘n Go bukan saja untuk kegunaan transaksi tol, tetapi dapat juga digunakan untuk kemudahan lain termasuk membayar tempat letak kereta,” katanya.

Seorang lagi pengguna lebuh raya, Bimasakti Kassim, 54, berkata dia akan memasang RFID dalam tempoh terdekat kerana setiap kali ke pusat pemasangan terlalu ramai orang yang menunggu untuk membuat pemasangan. “Saya berharap pihak terbabit memberikan lebih banyak penerangan berkenaan transaksi menggunakan RFID,” katanya. Sementara itu, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid ketika ditemui di R&R Sungai Buloh berkata, sejak Kementerian Kerja Raya mengumumkan pelaksanaan itu bulan lalu, jumlah pengguna RFID meningkat daripada 1.5 juta kepada 1.6 juta.

“Ia satu petanda positif menunjukkan pengguna menerima perkhidmatan lebih mudah dan selamat ini. Walaupun ketika ini kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan, namun jika permintaan meningkat lebih banyak lorong RFID akan ditambah secara berperingkat untuk memenuhi permintaan ramai,” katanya. Beliau berkata, pemasangan di Lebuh Raya Utara-Selatan mengambil masa sedikit kerana keluasan kawasan yang membabitkan sebanyak 83 plaza tol tertutup di sepanjang 1,130 kilometer. “Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual pada harga RM35 dan boleh dibeli di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara. Ketika ini terdapat kira-kira 60 pusat disediakan, termasuk 24 di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan, selain secara pembelian atas talian,” katanya. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.