Rupanya tengah pun mengenali seseorang, bila ditanya siapa individu tu dan ini respon Fizi Ali

Viral

Fizi masih dalam fasa berkawan dengan seseorang. Empat bulan berpisah, penyampai radio Suria FM Fizi Ali mengakui dia kini sedang mengenali seorang wanita namun hubungan tersebut masih dalam fasa berkawan sahaja. Menurut Fizi, 33, dia masih belum memikirkan untuk mempunyai hubungan yang serius buat masa ini tetapi tidak menolak jika dipertemukan jodoh dalam waktu terdekat.

Hati Fizi kosong kerana berjauhan dengan anak.

“Kalau tanya jujur, ya saya ada kenal dengan seorang wanita ini. Tapi saya tak ada la sampai nak ke arah yang lebih serius sebab hati saya masih kosong kerana anak jauh. Buat masa ini, apa yang ada saya hanyalah kerja dan kawan. Ini bukan rebound tapi kami memang sekadar kawan sahaja. Kalau nak ke arah lebih serius itu, Alhamdulillah. Tapi kalau tak jadi apa-apa pun, mungkin sampai di situ sahajalah. Siapa individu itu dan di mana kami berkenalan… biarlah rahsia,” kata Fizi Ali. Fizi ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan video muzik (MV) lagu raya Suria FM berjudul Pelukan Aidilfitri di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Isnin.

DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat.

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan akres Shakilla Khoriri, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan dia dan bekas isterinya Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun brsama. Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan tentang perceraiannya pada penghujung tahun lalu.

Fizi terima banyak DM beri kata semangat.

Fizi berkata, kebanyakkan mesej yang diterima itu merupakan kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang sudah berkahwin dan bertunang. “Jujurnya, ramai DM saya lepas saya cerai. Tunang orang, isteri orang, lelaki pun ada. DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat. Contohnya ‘Fizi janganlah sedih, saya kan ada.’ Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk ‘try’ saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat,” ujarnya. Sumber, Mstar

Shakila Khoriri Dedah Pernah Pujuk Untuk Rujuk Semula, Tapi Ini Jawapan Fizi Ali

Shakila Khoriri mengaku pernah memujuk bekas suaminya, Fizi Ali untuk rujuk kembali. Namun katanya Fizi sampai sekarang tak ada beri kata putus. “Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik. Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama. Walaupun ramai yang memujuk untuk kembali bersama demi anak tapi anak-anak ini akan membesar dan dia akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkanlah kita nak hidup dengan seseorang yang tak boleh bersama kita lagi. Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat… saya tidak akan menolak,” katanya.

Tambah Shakila dia terkilan bila ada yang bertanya bila nak tamatkan zaman janda sedangkan hatinya masih bersedih. “Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam. Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena ‘move on’ dengan takdir yang Allah tentukan. Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah. Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat.” Kenapa Fizi tak nak rujuk kembali tu? Sumber, cari via dnq

Leave a Reply

Your email address will not be published.