Tanda hargai pekerja, kini Fazura belanja beg jenama Coach untuk setiap pekerja tanpa kira harga

Viral

Aktres jelita Nur Fazura menarik perhatian wargamaya apabila menghadiahkan beg tangan dari jenama mewah Coach untuk semua pekerjanya sebagai satu cara untuk menghargai mereka. Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang juga penyampai radio DJ Sonic berkongsi momen sewaktu berada di dalam butik jenama tersebut untuk tatapan umum. “Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staff. Dia juga belanja saya satu beg,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu menunjukkan kebanyakan pekerja wanita memilih beg tangan manakala kakitangan lelaki memillih beg bimbit. Difahamkan Fazura mengajak para pekerjanya masuk ke butik berkenaan dan mereka boleh mengambil apa sahaja barangan tanpa mengira tanda harga yang tertera. Turut kelihatan menemani Fazura ke bersama butik berkenaan adalah suaminya, aktor Fattah Amin. Sementara itu di ruangan komen, kemurahan hati pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mendapat pujian ramai wargamaya. Mereka berpendapat, sudahlah tudung yang dijual pada harga yang berpatutan, untung yang diperolehi dikongsi bersama pekerja-pekerjanya.

@Nadiiah11:Jual tudung mampu milik. Hargai staff beli tu ini. rakyat Malaysia pun happy nak support dia.”“@Effa Mazhar:Rezeki macam ni Allah bagi berlipat ganda. Sebab ikhlas dalam menghargai orang lain.. Takde pun jadi miskin bila berabisan/sedekah untuk orang lain.”“@Nazz:Best dapat bos macam gini, yang hargai staf dia, susah zaman sekarang nak dapat majikan macam gini.”“@Mami_Jueliza:Selayaknya la, untung dah juta. Semoga Cik Faz selalu dilimpahi rezeki…Amin.”“@Juefatinah:Terbaik. Jual tudung biar semua orang mampu mlik.

Semoga dimurahkan rezeki selalu aamiin.”“@Tcer Fatma:Dia kan duta Coach. Boleh dapat less lagi kot.. bestnya dapat kerja dengan dia kan.”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga TikTok. Pada tahun lalu, tudung Fazura pernah merekodkan 80,000 helai terjual dalam masa dua jam sahaja dengan keuntungan dianggarkan mencecah jumlah RM2.16 juta. Sumber, Gempak

Fazura nak tambah anak tapi baru kuruskan badan

Pelakon, penyanyi dan juga usahawan Nur Fazura bercadang untuk menambah seorang lagi cahaya mata selepas anak sulungnya, Nur Fatima Aisya kini sudah menginjak usia setahun tiga bulan. Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata, ramai yang bertanya tentang perancangannya untuk mendapatkan seorang lagi zuriat sekali gus menambah bilangan ahli keluarganya.

“Sebenarnya memang saya ada perancangan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Tapi saya baru sahaja kuruskan badan. Selepas bersalinkan Fatima, banyak kali juga saya kena ‘body shaming’. Semuanya gara-gara saya mengalami perubahan bentuk badan. Wanita yang ada anak sahaja faham susahnya nak turunkan berat badan selepas bersalin,” kata Fazura.

Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suaminya iaitu pelakon, Fattah Amin turut menginginkannya. “Insha-Allah saya dalam proses (hamil lagi) dan akan diusahakan untuk tambah bilangan anak. Suami (Fattah) pula tidak ada masalah dan ikut sahaja. Suami bersedia jika saya juga sudah bersedia. Sebab nanti yang kena berpantang dan jaga badan saya juga,” katanya berseloroh.

Menyentuh tentang perkembangan anaknya, Fatima, Fazura teruja melihat puteri kesayangannya itu membesar dengan cepat. Kata Fazura, Fatima kini menjadi semakin bijak gara-gara dikelilingi dengan orang dewasa. “Fatima membesar dengan cepat. Disebabkan dia dikelilingi orang tua (dewasa), jadi kebijakan Fatima lain macam. Dia sudah mula belajar bercakap dan memanggil saya ‘mom’. Ada sekali Fatima panggil saya ‘mak’. Daddy (ayah) dia panggil ‘dada’. Muka memang ikut Fattah Amin tapi perangai ikut Nur Fazura,” katanya ketika ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.

Tentang kerjaya seninya, Fazura mengakui banyak memberi fokus pada perniagaan berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi. Bagaimanapun, Fazura tidak akan terus melupakan kedua-dua bidang tersebut dan bersedia untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya jika bersesuaian. “Memang ada skrip dan tawaran untuk saya. Tapi saya perlu sesuaikan denga jadual harian sebagai ibu. Saya tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama. Hendak berlakon saya tidak ada masalah kalau skrip dan waktu penggambaran dapat diserasikan. Tapi buat masa sekarang saya gembira berlakon untuk kempen tudung saya sahaja,” jelasnya. Untuk info, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Fazura dan Fattah menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.