Selamba je sifatkan peguam ni macam ni, kini Anju tampil dedahkan sesuatu tentang Ammar Alfian

Viral

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mendedahkan tentang perangai aktor berbadan sasa Ammar Alfian yang menurutnya seperti kacang lupakan kulit apabila kerana lantang mengkritik pengamal undang-undang yang terlibat dengan kes adik Bella, Hafidzah Hassan.

Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menerusi Twitter memaklumkan, peguam itu merupakan individu yang membantu Ammar untuk beberapa kes mahkamah terkait dirinya sebelum ini biarpun pelakon filem Paskal itu lantang mengkritiknya hanya kerana ramai melakukan perkara sama sekarang.

“Ammar Alfian, waktu kau susah siapa tolong kau? Peguam lain rosakkan kes kau, dia (Hafidzah) hanya dapat duit baki ‘sipi sipi’ sahaja. Ammar Alfian, kau memang tak reti bersyukur. Kau pergi bantai (pukul) orang di gimnasium, siapa tolong kau selesaikan? Hafidzah dan suami dia juga yang selesaikan. Ammar Alfian janganlah tak sedar diri. Waktu nak minta tolong bukan main kau pura-pura baik, gunakan dia (untuk khidmat guaman) dan sekarang, kawan aku (Hafidzah) kau kata jahat. Kau dapat tebus talak dan dapat anak kau pun pasal siapa,” ciap Zarina, 35.

Menurut pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu lagi, Ammar sememangnya seorang yang suka bermuka-muka demi kepentingan dirinya sendiri. “Sekali lagi, aku nak ingatkan kau siapa tolong masa kau kena tangkap? Sedarlah diri. Dahlah tak bayar duit orang itu, lagi mahu cerita. Aku dari awal dah pesan kawan aku (Hafidzah), jangan ambil kes kau sebab kau ini talam sejuta muka. Tapi sebab kasihan, dia tolong juga,” katanya.

Zarina bertegas bahawa dia hanya mempertahankan rakan baiknya itu dan mengharapkan orang ramai bersikap terbuka dan tidak hanya bersuara hanya dengan mendengar satu pihak saja. “Saya hanya mempertahankan BFF (kawan baik) sahaja. Saya minta maaf kacau hidup kalian hari ini. Tapi kebenaran perlu diberitahu. Semuanya (kebanyakan) yang kalian dengar hanya satu pihak sahaja. Saya pelik, Hafidzah tengah viral, jantan itu (Ammar) sibuk turut serta. Kenapa tak habis cerita pada warganet apa yang kau dah buat? Nak cheap fame (publisiti murahan), kau tularkan kawan aku yang dah tolong kau waktu susah,” getus Zarina.

Terdahulu, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz menerusi Instagram menyifatkan Hafidzah yang mewakili anak guamnya, Siti Bainun sebagai seseorang yang kemaruk publisiti dan wang ringgit. “Ibu saya ternyata betul tentang kalian. Kirafah itu memang akan berlaku,” coret Ammar. Sumber, KOSMO! ONLINE

Bekas suami Anju ditahan polis

Bekas suami kepada pelakon yang juga ‘instafamous’ Zarina Anjoulie ditahan polis selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, bekas suami pelakon itu, Eliyas Azhar, 20-an hadir memberi keterangan di IPD Nilai pada pukul 4 petang semalam. Ia susulan laporan polis dibuat Zarina Anjoulie pada Sabtu lalu yang didakwa menerima ugutan daripada lelaki tersebut.

“Pelakon itu (Zarina Anjoulie) mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial. Sehubungan itu, semalam suspek telah hadir ke IPD Nilai untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 34, telah berkongsi gambar IPD Nilai pada Sabtu lalu menerusi Instagram dan InstaStory memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung tindakan bekas suaminya. Menurut Mohd. Fazley, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat,” katanya. Dalam pada itu, semalam, Zarina Anjoulie juga telah memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di Instagramnya yang mana dia bertanya sama ada perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan dan lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Terdahulu, Zarina atau mesra dengan panggilan Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei itu pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Sebelum ini, tidak sampai sebulan bercerai Zarina dan bekas suaminya rujuk semula kerana tidak mahu berputus asa dengan perkahwinan yang dibina tersebut. Sumber, Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.