Seram dengan perbuatan lelaki ni, tak pasal pasal wanita terpaksa bahasakan abang sayang sampai tarik perhatian ramai

Viral

Bekerja pada waktu tengah malam lebih-lebih lagi golongan wanita sememangnya bakal berhadapan dengan bahaya. Terutamanya jika dikunjungi pelanggan yang ‘menakutkan’ pastinya suasana akan bertukar panik dan tindakan akan menjadi lebih drastik, hingga tak sedar lebih mengundang bahaya. Itulah yang berlaku pada seorang wanita ini yang bertindak memanggil pelanggan lelaki dengan gelaran ‘abang’ mengundang perhatian ramai.

“Dia ni tiba2 berdiri tegak pandang semacam..” Perkongsian @mannamelynna93 di Tiktok menunjukkan seorang pelanggan lelaki yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kedai membuatkan dia dan rakan perempuannya trauma. Dalam video, lelaki berkenaan dilihat aneh merenung kedua wanita ini sebelum bertindak merepek dan bertanya soalan mengenai bayi wanita ini.

“Kitorang dah menggelabah tak tahu nak buat apa…” Dalam video, wanita ini siap memanggil dengan gelaran mesra iaitu -abang dan sayang- dengan niat untuk ‘mengusir’ lelaki aneh berkenaan menggunakan cara psikologi. Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan masih tidak keluar dari kedai buat mereka lebih seram dan gerun bakal terjadi sesuatu yang bahaya. “Abang pergi kerja eh, nanti abang bawak duit kat sayang banyak-banyak…” “Jangan melayan sayang2…”

Di ruangan komen, warganet sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan yang menggunakan cara ber abang-sayang, bagaikan memberi harapan dan peluang untuk lelaki aneh berkenaan datang lagi.. Dalam pada itu, ramai yang mencadangkan agar pekerja lelaki yang menjaga kaunter di waktu malam agar kejadian sebegini tak terjadi lagi. “Lagi bahaya main berlakon2 macamtu..” Sumber, Tiktok – mannamelynna93. https://redaksi.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.