Namakan ank dengan nama Bilal, sekali Neelofa tampil buka mulut dedahkan apa yang istimewa dengan nama tu

artis

Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi. Noor Neelofa mendedahkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.. Menurut Neelofa, dia suka nama tersebut selain hasrat suaminya yang mahukan ia mempunyai makna baik yang boleh diceritakan buat permata hatinya itu bila besar nanti.Dia juga memberitahu mengenai nama anak, mereka banyak berbincang untuk beberapa nama. Namun, Haris telah memberikan senarai nama pendek dan suka dengan nama ‘Bilal’. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” katanya.

Sebolehnya, Haris mahu nama anaknya dipanggil dengan panggilan penuh. Jarang bila nama Bilal akan diringkaskan menjadi ‘Lal’. Pasangan ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas, pada Khamis. PU Hariz juga mendedahkan disebalik pemilihan nama tersebut yang begitu cukup berkenan dihati. “Bila banyak diundang untuk berikan ceramah, cerita mengenai Bilal (Bilal bin Rabah) ini memang betul-betul terkesan dekat hati. “Kalau boleh saya ceritakan secara ringkaslah. Pertama, dia orang yang berpegang benar kepada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia sakit dan hampir mti, tak buat main. “Kedua, dalam sebuah hadis meski ia ada sedikit keragvan… siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dihisab. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari. “Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah. “Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. InsyaAllah,” kata PU Riz lagi.  Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber, Media Hiburan

Ramai Ternantikan Wajah Anak Kesayangan Neelofa Dan Haris, Kali Ni Ada Sesuatu Pada Bilal Yang Tarik Perhatian Ramai. Cahaya mata usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail antara yang tidak henti-henti menjadi perbualan umum. Mana tidaknya, ramai sudah tidak sabar menantikan Neelofa berkongsikan wajah anak kesayangannya itu. Namun begitu, di ruangan media sosial Neelofa ada memuat naik beberapa perkembangan mengenai cahaya mata lelakinya ini yang diberi nama, Muhammad Bilal.

Terbaharu, Neelofa dilihat berkongsikan momen bahagia Muhammad Bilal dilawati oleh ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini. Malah dalam rakaman yang telah dikongsikan di aplikasi TikTok ini membuatkan keluarga bahagia selebriti terkenal tersebut menarik tumpuan umum dengan ribuan mata menonton. Dalam pada itu, kecomelan Muhammad Bilal turut hangat diperkatakan oleh warganet apabila rambut dan kulit gebunya menarik perhatian peminat.

Hantaran video Neelofa yang memaparkan nenek dan Bilal meluangkan masa bersama itu telah mendapat ratusan reaksi senang warganet. Ramai memuji cahaya mata pertama pasangan selebriti terkenal itu dan pasti Muhammad Bilal sangat beruntung. Mana tidaknya, kecik-kecik sudah begitu ramai sayang. “Mesti hensem Bilal ni kan, dari kulit pun gebu-gebu. Suara pun padu…”

Terkejut Bila Tahu Dah Berbadan Dua, Usahawan Popular Ini Dedah Alat Ujian Kehamilan Buat Ramai Teruja. Memang tak asing lagi kita dengan selebriti popular Malaysia ini. Kalini usahawan dan selebriti popular, Neelofa teruja berkongsi momen sewaktu mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan. Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan perkataan ‘hamil 3+’. Menerusi rakaman berdurasi 31 saat itu, kedengaran suara Neelofa dalam nada terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa dirinya sedang berbadan dua sebelum terdiam seketika. Banyak kali dikatakan “OMG” ,“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu di ruangan kapsyen posting tersebut. Selebriti berusia 33 tahun itu berkata, dia tidak merancang tentang kehamilan selain mengambil keputusan bagi melakukan pemeriksaan kerana lewat jangkaan haid. Katanya lagi, “Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” katanya. Video, Klik link

Daripada perkongsian tersebut, video berkenaan meraih sebanyak 750,000 tontonan dan hampir 300 komen warganet turut teruja melihat momen berharga selebriti itu yang bakal dikurniakan zuriat. Malah, ada juga segelintir individu membuat permintaan sekiranya terdapat video menunjukkan reaksi suaminya Haris Ismail berhubung kehamilan tersebut yang pasti membuatkan ramai tersenyum. Anatar komen warganet lagi “Ni bukan adik Bilal tau”, “Kita pun teruja padahal dah lahir”, “Nak tengok reaksi Haris”,”Saya pun macam ni dulu”. Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu namun belum mendedahkan wajah bayi mereka. Sumber, Rose merah

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.